Sunday, April 15, 2012

Bukti-bukti Ekonomi Negara Semakin Kukuh Berkembang Di Bawah DS Najib

Selama ini rakyat ditipu hidup-hidup dengan persepsi negara akan bankrap angkara Najib membelanjakan RM600juta untuk memancing undi. Pakatan haram berhujah melalui persepsi tampa fakta dan kalau adapun menggunakan pengkalan data ketinggalan zaman antara data 2005 hingga 2009. Persoalannya kemana data 2010 hingga 2012. Macamana pula Najib boleh hendak dibandingkan dengan Anwar yang lebih mempunyai pengalaman menjahanamkan negara! Langsung tidak layak Anwar dibanding-bandingkan dengan Najib. rujuk sini.

Wahal hakikatnya Najib berbelanja melalui perancangan terperinci dan berkhemah berdasarkan kemampuan keewangan negara. Dari kemampuan keewangan DS Najib menggerakan Tranformasi Kerajaan membantu rakyat secara tiga peringkat melalui jangka pendek, sederhana dan panjang tampa memingirkan Tranformasi Ekonomi negara. Semua tindakan Najib juga disokong dengan kenyataan Bank Negara. Rujuk sini

Bagaimana lagi Najib mendapat dana yang sebergitu banyak untuk membantu rakyat. Lihat ini bukti yang dikatakan Najib seorang yang cekap mentabir ekonomi negara sebelum menyalurkan janji-janji Tranformasi Kerajaan kepada rakyat, ini sebahagian sumber selain Petronas dan Felda termasuk bukti-bukti kedudukan ekonomi negara.

Gabenor Bank Terbaik Di Dunia Menidakan Ramalan Ekonomi Anwar
Anwar seringkali menghasut rakyat negara ini dengan spekulasi negara akan bankrap kerana takut kepada Datuk Sri Najib yang berjaya memikat hati rakyat melalui tranformasi yang menyeluruh. Anwar bergitu gah mengatakan negara akan bangkrap bersandarkan hujah rujukan pengkalan data bank dunia tahun 2005. Kenapa Anwar hendak gunakan pengkalan dat 2005 sedangkan kita dah masuk tahun 2012. Antara Anwar dan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mendapat anugerah gebenor bank terbaik di dunia, siapa yang lebih berkhaliber untuk memberi ulasan.



Bukan setakat itu, ,Harakah menyentuh "Mengikut angka Bank Negara Malaysia, jumlah hutang negara adalah RM 378,302 juta . Manakala, Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja.". Sekarang bagaimana pula Gabenor Bank Negara sendiri mengeluar kenyataan:



HUTANG NEGARA HANYA 2% KDNK NEGARA

Massa.Online, KL, 21 Mac -Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ramalan itu dibuat selepas mengambil kira cabaran ekonomi luaran yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Ekonomi Amerika Syarikat semakin bertambah baik dan resolusi-resolusi krisis hutang di Eropah juga semakin stabil.Unjuran yang dibuat (empat hingga lima peratus) itu mengambil kira kedudukan positif dan senario terburuk,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan Laporan Tahunan 2011 Bank Negara Malaysia di sini hari ini.



‘Ketiga-tiga penyumbang dalam perbelanjaan domestik masih kekal positif bagi ekonomi negara,” tambahnya.



Beliau yang ditanya secara terperinci mengenai hutang negara berkata, kerajaan mempunyai cara terbaik mengurangkan defisit daripada 5.8 peratus kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).



Menurutnya, Malaysia mencatatkan hutang yang tinggi disebabkan pelaksanaan pelan rangsangan ekonomi untuk menangani penyusutan ekonomi semasa krisis kewangan global pada 2008/09.



”Fenomena (kenaikan hutang) ini dialami oleh semua kerajaan di dunia.’Bagaimanapun, kerajaan tidak berhadapan dengan hutang luar yang signifikan iaitu hanya dua peratus daripada KDNK.’Dan, tidak banyak negara di dunia yang mempunyai hutang luar yang sedikit seperti Malaysia,” katanya.



Gabenor menambah, hutang negara yang kini berjumlah 54.8 peratus itu mampu dikurangkan dengan fokus kerajaan menjadikan swasta sebagai enjin kepada pertumbuhan ekonomi.



Beliau menjelaskan, pelaksanaan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Baik yang dikuatkuasakan pada tahun ini bukan bertujuan untuk mengetatkan pinjaman kepada pengguna.



”Siapa yang berkelayakan untuk membuat pinjaman, mereka layak meminjam,” ujarnya.



Ditanya apakah penanda aras kebimbangan hutang isi rumah yang ditakrif oleh BNM, Zeti berkata, buat masa sekarang kadar hutang isi rumah sebanyak 76.6 peratus dengan pendedahan dalam sistem perbankan masih lagi kecil.



Pendedahan bank kepada pendapatan peminjam kurang RM3,000 adalah kurang daripada 13 peratus daripada seluruh sistem pinjaman bank, manakala peminjam yang berpendapatan lebih daripada RM3,000 pula 42.4 peratus

No comments:

Post a Comment