Tuesday, April 26, 2016

BAGAIMANA KITA TANPA SUBSIDI BERAS

BARU-BARU ini, kerajaan mengumumkan penghapusan program subsidi beras yang bermakna beras jenis ST15 akan dijual pada harga pasaran, dan tidak lagi pada harga subsidi. Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST15. Ini bermakna tiada lagi subsidi sebanyak RM7.50 untuk sekampit beras jenis ST15. Adakah penghapusan program ini wajar, atau akan membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah? Program ini bermula pada 2008, apabila harga padi pada masa itu telah naik tiga kali ganda kepada lebih AS$1,000 satu tan, berban­ding hanya AS$335 tahun sebe­lumnya. Kerajaan memperkenalkan program ini bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah dapat membeli beras pada harga rendah. Kos program subsidi ini bukannya sedikit. Pada tahun lepas, kerajaan memperuntukkan lebih kurang RM530 juta untuk program ini yang disalurkan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sejak 2008 hingga tahun lepas, sebanyak RM3.4 bilion telah pun dibelanjakan. Mengapa program ini diberhentikan? Hujah yang diberikan adalah kerana ketirisan dan pelaksanaan yang lemah apabila mereka yang membeli beras murah ini bukannya golongan miskin, tetapi pekerja a­sing, pekedai ataupun pemborong, dan juga pemilik-pemilik restoran. Persoalannya, patutkah program subsidi beras ini dihentikan? Apakah kesan penghapusan program ini terhadap golongan miskin? Soalan pertama, patutkah ia dihentikan? Jawapannya adalah ya. Jika kita lihat harga padi sekarang, lebih kurang AS$370/tan. Jika sebab utama kita perkenalkan subsidi beras adalah harga antarabangsa yang tinggi, namun hujah itu tidak lagi relevan. Harga padi pada masa sekarang tidak banyak bezanya dengan harga padi sebelum program subsidi ini dilancarkan. Maka, memang patutlah ia dihentikan. Soalan kedua, apakah kesannya penghapusan subsidi ini terhadap orang miskin? Jawapannya jelas, sudah tentu pengurangan subsidi beras akan meningkatkan kos sara hidup mereka, apatah lagi beras adalah makanan ruji rakyat negara ini. Ia tentu membebankan mereka, apatah lagi dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, pada masa sama, subsidi tepung juga dihapuskan. Apakah terdapat cara atau kaedah lain untuk meringankan beban akibat pemansuhan subsidi ini? Terdapat dua cara; pertama, meneruskan program ini, tetapi dengan penambahbaikan sistem penyampaiannya, atau kedua, menghapuskan subsidi ini, dan menggantikannya dengan cash transfer ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Cadangan pertama adalah menyeluruh tetapi memakan masa kerana memerlukan penambahbaikan dan pemantauan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP). Ini bermaksud Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani haruslah mengkaji kembali pene­rima dan kuota yang diberikan kepada pemborong dan pengilang untuk membekalkan beras ST15 ini. Peniaga dan penjual haruslah juga dipantau, dan mereka ini sebaik-baiknya dilantik terus oleh kementerian, dan bukannya oleh pengilang ataupun pengedar. Pemantauan berterusan penting supaya tiada penipuan terutamanya kes mencampur beras murah ST15 dengan beras yang lain, dan menjualnya pada harga tinggi. Isu penyeludupan beras haruslah juga dihapuskan. Cadangan kedua lebih mudah. Subsidi beras dihapuskan tetapi untuk mengurangkan beban rakyat miskin yang terpaksa membeli pada harga tinggi, subsidi bulanan diberikan terus kepada golongan miskin, dalam bentuk wang tunai ataupun kupon beras. Tidak perlu lagi memberi kuota, memantau pengilang, pemborong ataupun peniaga. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan beras, kos­nya jua jauh lebih rendah. Jika setiap keluarga dalam golong­an 20 terbawah (B20) iaitu seramai 1.3 juta keluarga diberikan wang tunai atau kupon bersamaan nilai dua kampit subsidi beras (RM15) setiap bulan, kos tahunan adalah RM240 juta - iaitu penjimat­an sebanyak RM290 juta, atau hampir 120 peratus! Ini lebih berkesan kerana golongan sasaran akan terus mendapat bantuan ini malah kos­nya juga lebih rendah. Mereka juga dapat membeli beras yang lebih berkualiti. Ini adalah cadangan sementara. Tetapi ia penting dilakukan segera supaya rakyat terutamanya golong­an miskin masih mampu membeli beras. Dalam pada itu, strategi jangka panjang juga perlu untuk memastikan pendapatan dan taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan supaya mereka tidak lagi bergantung kepada subsidi atau bantuan kerajaan. DR. MUHAMMED ABDUL KHALID ialah Penyelidik Khazanah Nasional.

Friday, August 28, 2015

agenda tersembunyi pembangkang

AGENDA TERSEMBUNYI DISEBALIK DEMONSTRASI HARAM BERSIH Assalamualaikum wbt buat semua saudara Islam yg dihormati lagi dikasihi. Saya bukan ahli kpd mana-mana parti tetapi saya adalah seorg pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yg telah membuat kajian dlm bidang sosial dan politik. Kajian saya telah bermula sejak thn 1998 sehingga hari ini. Daripada demonstrasi Reformasi, HINDRAF sehingga BERSIH. Setelah beberapa kajian mendalam dilakukan akhirnya kami telah mendapat maklumat beberapa agenda tersembunyi yg amat membimbangkan disebalik semua siri demonstrasi ini. Kumpulan ini sebenarnya diwujudkan oleh kelompok ketiga dari luar negara dgn diberikan plot dan dana yg banyak. Negara-negara Arab telah berjaya mereka hancurkan dan kini sasaran utama mereka adalah Asia Tenggara yg mana Malaysia merupakan negara yg menjadi sasaran utama (main target list). Sesuatu yg harus kita ingat ialah Malaysia termaktub dgn syarat Negara Komanwel kerana Malaysia pernah dijajah oleh British. Antara klausa ialah... "...apabila berlaku huru-hara dlm sesebuah negara di bawah Komanwel dan pihak kerajaan yg memerintah gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya darurat merah melebihi 7 hari maka negara itu akan dikembalikan kpd pemerintahan Ratu....." KEMPEN BERSIH Agenda utama kempen BERSIH yg dilancarkan oleh Ambiga adalah utk sabotaj ekonomi terhadap org Melayu. 1. Setelah peniaga Cina menipu barangan di Plaza Low Yatt, pemboikotan oleh org Melayu yg dianiaya telah berkesan & melumpuhkan bisnes mereka di sana. Org Melayu mula membeli di kedai milik Melayu sehingga beberapa kedai gadget milik org Melayu spt Gadget World 666, Kedai Ustaz dan lain-lain mengatasi kedai-kedai milik kaum Cina. 2. Pihak Pembangkang bersusah payah cuba mempromosikan kembali Plaza Low Yatt dgn pelbagai sambutan Hari Raya di mana peniaga Cina yg menipu itu memakai pakaian baju Melayu dgn cubaan utk menipu lagi kepada Melayu namun gagal apabila tidak mendapat sambutan. 3. Setelah kempen mereka ini gagal, mereka mula bertumpu ke Kompleks Pertama milik GLC Melayu iaitu UDA. Lokasi yg sangat strategik berdekatan Jln TAR dan Bangunan MARA, menjadikan kawasan ini amat strategik bagi peniaga Cina utk menipu Melayu lagi. Apabila Dato Seri Ismail Sabri Yaacob memberi cadangan agar Aras 3 di Bangunan MARA dijadikan Pusat Barangan Electronik dan Telefon, maka sekali lagi ianya menjadi tamparan hebat kepada peniaga Cina yg menipu. Kerana terdesak, walaupun PRU masih ada 3 tahun lagi, maka Pembangkang dengan peniaga Cina yg menipu MESTI MENGHANCURKAN kawasan strategik peniaga Melayu di sekitar Jalan TAR. Terdapat kebih kurang 2 Ribu org peniaga Melayu dari Chow Kit ke Jalan TAR sehingga ke Masjid India dan 90% drp peniaga ini adalah Melayu & Islam. Maka tindakan Demo BERSIH 4.0 ini BUKAN kerana mahu menjadikan PRU itu Bersih, namun semata-mata sabotaj : 1. Kawasan Peniaga Melayu 2. Tahun Melawat Malaysia 3. Merosakkan Kuasa Beli Melayu. Secara logiknya, jika mereka tidak percaya dengan SPR, mengapa sekian lama mereka Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen & menerima habuan spt Gaji & Pengecualian Cukai jika PRU itu tidak benar? Kenapa Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih kekal diperintah kerajaan PR? Kenapa sewaktu usul kenaikan gaji ADUN dan Ahli Parlimen mereka juga bersetuju dgn usul tersebut? Apa jadi dgn penipuan pembangkang yg mengatakan puluhan ribu warga asing mengundi? Kenapa tidak dibuat Demo BERSIH di Petaling Street, Bukit Bintang, Low Yatt Ataupun di Little India Brickfields atau ke Batu Caves? Bukankah Stadium Shah Alam sesuai utk Pembangkang menyuarakan hak mereka? Ambiga & Pemimpin Pembangkang yg menganjurkan BERSIH 4.0 WAJIB ditangkap kerana cuba utk sabotaj Ekonomi Malaysia, peniaga Melayu & menimbulkan keadaan yg tidak tenteram kepada keselamatan rakyat Malaysia. Ikhlas, Sayangkan Malaysia Kasihkan Ummah Dr. Hj. Muhammad R.A Sdg di viral

Thursday, July 30, 2015

Bagasi Rosak Berhampiran Sayap Pesawat Petunjuk Terbaru MH370?

KUALA LUMPUR- Media Perancis Linfo.re melaporkan seorang penduduk tempatan Pulau La Reunion telah menjumpai satu bagasi yang rosak teruk berhampiran tempat penemuan serpihan pesawat di Saint-Andre, semalam. Namun, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada bagasi tersebut mempunyai kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang dipercayai milik Boeing 777 , MH370 di pulau tersebut. Pihak terlibat sehingga kini masih berusaha untuk mengenal pasti sama ada serpihan sayap tersebut adalah milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak Mac tahun lalu.