Tuesday, November 12, 2013
GST
Selepas pengumuman GST bakal terlaksana menjelang 2015, kebanyakan rakyat masih terpinga-pinga adakah ia suatu perkara yang baik ataupun tidak
Bagi penyokong GST, mereka berhujah:
1. Dengan adanya GST, cukai 10+6% (16%) bakal terhapus, maka harga barang akan murah, rakyat dapat jimat
2. Tidak semua barang dikenakan cukai. Pilihan di tangan anda, nak beli barang bercukai atau pun tidak
3. Dalam banyak-banyak negara yang melaksanakan GST, tiada satu pun negara yang menarik balik perlaksanaan GST.. membuktikan GST amat baik dan diterima rakyat
4. Beli barang mewah boleh, bayar GST pula tak mahu
5. Orang yang bangkang GST adalah mereka yang "gay" kerana membangkang "Gay service tax" <--- point ini paling lucah dan tidak masuk akal
Bagi yang tidak menyokong GST adalah kerana kurangnya pencerahan dan penerangan yang mudah difahami. Mereka berhujah:
1. GST adalah sejenis VAT (value-added-tax). Maka hampir semua barang boleh dikenakan GST. Silap hari bulan, beli roti pun kena GST
2. Perkhidmatan elektrik dan bekalan air juga mungkin bakal dikenakan cukai, di mana tiada cukai GST yang dikenakan seumur hidup mereka
3. Subsidi gula dan bahan api dikurangkan, GST diperkenalkan.. pendapatan kerajaan bertambah.. BR1M bertambah.. apa yang kami dapat? <--- kata orang yang tak dapat BR1M tetapi terpaksa menanggung kos sara hidup yang meningkat
Tuesday, October 29, 2013
AHLI PARLIMEN PEKATAN RAKYAT TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA KEDIAMAN PM DENGAN KOMPLEKS PM
Bil elektrik RM2.2 juta di Seri Perdana bukan hanya kediaman sahaja tetapi meliputi keseluruhan kompleks, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.
Ia meliputi dewan pelbagai guna dan kuarters kakitangan, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
"Disebut dengan terang, ia adalah kompleks perdana menteri. Ahli-ahli parlimen yang tidak faham antara kediaman dengan kompleks, ini meresahkan pemikiran rakyat.
"Rakyat mesti kena faham antara kompleks dan residen. Ia melibatkan dewan serba guna, kuarters kakitangan (dan) yang melibat seminar di kompleks itu," katanya.
Menurutnya lagi, tiada beza antara kadar elektrik bilik tidur Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berbanding pasangan biasa di kampung-kampung.
"Kalau Datuk Seri Najib dan Rosmah tidur sebilik, mereka dua orang, (kadar) sama dengan Timah dan Mamat di Tambun Tulang (Perlis).
"Tidak ada (kadar) elektrik yang kata bahawa kalau amoi pakai harga murah, Datuk Seri Najib harga mahal. Sama sahaja kadarnya. Tidak ada beza.
"Jangan bincang sehingga rakyat boleh tertawa bahawa kita tak faham antara kompleks dan kediaman rasmi," kata Shahidan lagi.
Shahidan semalam mendedahkan jumlah bil elektrik itu, termasuk bil air RM311,174.25 sepanjang tahun lalu
Subscribe to:
Posts (Atom)
