Thursday, August 29, 2013

GUAN ENG HARAM FILEM TANDA PUTRA TAYANG DI P.PINANG !!

Kerajaan DAP Pulau Pinang mula tunjukan sifat rasis mereka dengan mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini. Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem Tanda Putra yang mendedahkan kejadian sebenar apa yang berlaku ketika tragedi berdarah 13 Mei.. Mungkin Guan Eng takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya parti Dap.. DAP Pulau Pinang cukup cemerlang dalam melaksanakan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara dan kebebasan media versi DAP adalah anda perlu agongkan liberalisme,hentam raja melayu,promosi LGBT,promosi pluralisme,semua agama sama,Promosi nama Allah hak kristian,menghentam Umno,Melayu dan BN . Tanda Putra filem ini mendedahkan perjuangan dua tokoh berlatarbelakangkan peristiwa 13Mei. DAP adalah parti yang menjadi dalang pertumpahan darah yang meragut banyak nyawa apatah lagi Lim Kit Siang juga turut terlibat. Sebolehnya DAP mahu sejarah ini dipadam agar golongan generasi baru lupa akan betapa kesan buruknya politik perkauman chauvanis ultrakiasu DAP yang berterusan mengasak dan menghina bangsa melayu.

Wednesday, August 28, 2013

Lagu Tema Hari Kemerdekaan

“Tanah tumpah darahku” lagu tema hari kemerdekaan ke 56 tahun 2013 Lagu berjudul “Tanah Tumpah Darahku” pastinya akan menyuntikan lagi semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia apabila menyambut hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada tanggal 31 Ogos ini Lirik lagu Mara! Kita halilintar Tiada gentar puncak dunia Malaysia Sudah bergema kita halilintar Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar Wira… menggempur musuh Biarpun lumpuh marak api putera puteri Kita terus gempur Bawa semangat negara berdaulat Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku Mara… bawa semangat negara berdaulat Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku Tanah Tumpah Darahku Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku Pencipta : Joe Farizal & Aye Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Penyanyi : Ahmad Zakaria

Wednesday, July 10, 2013

Sandiwara DAP

DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Adakah beliau anak orang kebanyakan yang diangkat oleh DAP sebagai seorang Ahli Majlis? Tentu sekali tidak!!! Beliau adalah sebahagian daripada kroni Joseph Lim. Beliau adalah anak gadis Dato Abdul Halim bin Hussain, bekas Speaker Kerajaan Pulau Pinang. Khabarnya beliau baru mendaftar sebagai ahli baru DAP seminggu yang lalu !!! DAP bijak melantik Ahli Majlis MPPP dari seorang gadis berusia 26 tahun yang merupakan seorang pereka grafik. DAP tahu ini kelemahan utama Barisan Nasional yang kelihatan masih gagal menarik perhatian anak muda.