Sunday, May 4, 2014

#InfoGST- Barang keperluan

#InfoGST MITOS: Barang mentah tak kena GST tapi kalau beli di hypermarket kena GST sebab hypermarket pendapatan layak cukai melebihi 500k setahun FAKTA: GST dikira mengikut setiap item,bukan secara pukal.Anda hanya bayar GST pada barangan yang ada GST sahaja. Misal kata,anda ke Tesco dan membeli sekampit beras, 2 kilo ayam, dan sekilo gula, anda tak akan dikenakan GST pun sebab item yang anda beli memang tidak dikenakan GST. Benda senang jangan bagi pening kepala

#InfoGST-barang pengguna

#InfoGST Barangan makanan mentah seperti ayam,udang,ikan,daging,sayur,tepung,gula,minyak masak,garam dan sebagainya TIDAK DIKENAKAN GST.Boronglah 10 TAN sekalipun,masih tak kena. Kecuali,kalau anda beli ayam sudah digoreng dari KFC atau McD,memang ada GST (tak ada perubahan harga kerana kadar SST sekarang juga 6%)

#InfoGST/ peniaga

#InfoGST TIDAK SEMUA pengilang/peniaga/peruncit/pembekal perkhidmatan LAYAK dikenakan GST dan mengenakan GST kepada pengguna. Mereka yang layak perlu mendaftar dengan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan No Id Unik GST yang tersendiri dan WAJIB diPAMERKAN di premis perniagaan/laman sesawang masing-masing sebelum mereka layak mengenakan GST kepada pengguna. Antara kriterianya ialah pengusaha mesti mempunyai bekalan layak cukai atau keuntungan layak cukai MELEBIHI RM500,000 setahun. P/s: Kalau setakat Ah Pek tauke mini market hujung kampung pun konon kata kedai dia kena GST nampak benar membohongnya....