Monday, August 15, 2011

Beginikah Pemerintahan Pulau Pinang Sekarang ?

Isu terkini yang sengaja menguji kesetiaan PAS adalah tentang larangan penggunaan pembesar Suara yang menganggu orang Ramai.Isu ini adalah permulaan untuk menidakkan Islam di penang walaupun kebanyakkan orang tak kisah.Nik Aziz juga terpaksa bersekongkol menyokong tindakan ini kerana tidak mahu tercicir dari pakatan pembangkang....

Cuba Nik Azik tolong jawab....
Bagaimana dgn bacaan ketika sembahyang? contoh sembahyang terawih? adakah nanti akan lenyap dari pendengar umat Islam jika hanya azan sahaja diutamakan? Bagaimana pula dgn perayaan kaum2 lain? contohnya kaum cina? dengan wayang cina 2 3 hari tak habis2? adakah mereka tidak menggunakan pembesar suara? adakah larangan juga dikenakan terhadap mereka? Yang pasti sayang sekali kerana kita tidak menggunakan kelebihan kita sendiri kerana kita sendiri yang tidak mahukannya...



Tuesday, August 9, 2011

PERTUBUHAN YANG MEMURTADKAN UMAT ISLAM- MANA PAS?

Assalamualaikum, apabila membaca mengenai umat Islam ke gereja untuk berbuka puasa, diberi wang serta dipujuk rayu untuk keluar Islam, saya rasa amat kecewa.
kata Presiden Pas, "Bukan tidak percaya tetapi tidak cukup, laporan media pun tidak cukup. Laporan media lagi kita tidak percaya. Sehubungan itu kita perlu ke medan untuk menemui pihak-pihak yang berkenaan".
Kedua, MB Selangor pula dikatakan berdolak dalik mengenai isu pemeriksaan JAIS.
Ketiga, orang harapan dan kepercayaan Pas, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, tidak dipercayai oleh boss beliau sendiri Haji Hadi.
Dalam berita lain, Ketua Pengarah JAKIM berkata "....agak mustahil bagi JAKIM untuk terlepas pandang..." bila mengulas mengenai sebuah keluarga Islam mendekati gerja untuk meminta bantuan.Keempat-empat mereka adalah Melayu, beragama Islam, semua boleh baca Al-Quran, mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w. dalam kapasiti masing2. Mereka semua berada di atas "Top Post" dan berkefahaman Islam paling Tinggi, malangnya, cuma seorang saja yang bekerja...Datuk Hasan Ali, yang berkali2 membela Islam tapi sering disangkal.
Dulu pasal minuman keras, kini pasal gereja/kristian. Paling jelas, mereka yang bertiga ni tidak pernah turun padang meninjau akan keadaan kedudukan Islam. Mereka lebih percayakan sistem bekerja, menunggu laporan orang2 bawahan. Jika sistem tu slack, maka dapat lah laporan yang tidak lengkap dan tidak sahih. Mengenai murtad dan mengkristiankan umat Melayu Islam, perkara ini dah lama berlaku...
Kita sanggup buat ape saje demi politik dan fahaman kita. Tetapi kita gagal melihat bahawa umat Islam di Malaysia, cuba ditarik keluar dari agama Islam, dipesongkan akidah.

PAS- perjuangan membela Islam ??????????????

Monday, July 4, 2011

Hairah...hairan...hairan

Ambigia itu akan menggunakan beribu ribu orang Islam berdemo untuk mencapai cita cita agenda dia, kini dia nak peralatkan rumah Allah (masjid) pula tempat untuk nak mula perarakan.Mengapa tak bermula dari Batu Caves aje?