Wednesday, January 18, 2012

HAK MERAYU


Jan 17 2012 Written by chedet


1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

http://chedet.cc/blog/?p=663

Tuesday, January 3, 2012

pihak yang mencederakan pelajar demostrasi di hadapan UPSI ditemui

Pasukan peguam pakatan akan mendakwa pihak yang mencederakan pelajar MELAYU yang cedera semasa demo didepan UPSI tempoh hari.Menurut sumber pakatan penafian pihak polis terbukti bahawa polis tidak terlibat mencederakan para pelajar MELAYU ini.



Setelah disiasat dalang yang sebenarnya mencederakan pelajar yang berdemo adalah pintu kaca ini.
Gambar pintu ini diambil selepas kejadian demo tersebut sebagai bukti bahawa pintu ini terlibat mencederakan pelajar.
Tindakan pintu dipersoalkan olah juak haprak pakatan,kenapa pintu boleh berada disitu dan kenapa kaca digunakan hingga mencederakan pelajar tersebut.Para peguam pakatan mempersoalkan kenapa pintu kaca ini terlibat bersekongkol dengan pihak polis mencederakan pelajar ini.


Sidang akhbar oleh SMM dan barisan peguam akan diadakan untuk mendedahkan gambar pintu ini yang berani bertindak mencederakan pelajar. Jurucakap SMM berkata jika pintu ini tidak didakwa mereka akan bertindak untuk mengadakan rusuhan diseluruh negara.