Friday, July 22, 2016
ANALISIS JABATAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEADILAN AWAM A.S.
ANALISIS JABATAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEADILAN AWAM A.S.
(1) AS merupakan sebuah negara yang kuat dan berkuasa, namun ia tidak menjadikan mereka betul, atau bijak secara automatic. Kerajaan AS mempunyai kekuatan ketenteraan, diplomatik, sumber analisis dan perisikan terbesar yang tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan lain, dan mereka masih berperang serta mengambil beribu-ribu nyawa anak-anak mereka ke Iraq untuk memusnahkan senjata pemusnah secara besar-besaran yang tidak wujud, dan tidak pernah wujud. Mereka boleh diperdaya dan secara tidak sedar terkeliru.
(2) Tindakan Peguam Negara AS minggu ini tidak kurang berisiko. Tiada sebarang dakwaan jenayah terhadap sesiapa. Peguam Negara menggunakan banyak dari pembentangannya untuk menunjukkan secara jelas bahawa niat utama kepada tindakan tersebut adalah untuk menyampaikan mesej kepada dunia, bahawa penggunaan sistem perbankan mereka secara tidak wajar adalah tidak diterima. Tidak seperti kerajaan lain, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk merampas mana-mana aset yang dirasakan TIDAK PERLU DIBUKTIKAN TERLIBAT DENGAN SEBARANG SALAH LAKU. TIdak waras, tetapi benar.
(3) Dibawah undang-undang AS, kerajaan mempunyai hak untuk merampas sebarang aset, dan mencabar pemilik untuk bertindak balas. Para pemilik tersebut tidak akan disabitkan dengan sebarang pertuduhan jenayah, namun perlu memujuk mahkamah bagi mendapatkan semula aset mereka, berdepan dengan kekuatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat… yang mana di dalam kes ini telah mewujudkan gelombang pasang surut politik palsu mengenai Malaysia, yang sebahagiannya datang dari Gabungan Anti Najib Tun Mahathir Mohamad.
(4) Kerajaan AS telah menyatakan bahawa aset yang mereka mahukan adalah milik 1MDB. Baik, bukan menurut para akauntan dan juruaudit serta bank-bank. Apa sahaja kritikan mengenai cara pengurusan 1MDB dijalankan, apa sahaja kelemahan di dalam proses dan operasi perniagaan, pihak berkuasa terlibat tidak melaporkan sebarang kerugian yang di dalam apa keadaan pun sama dengan apa yang dikatakan telah ditemui oleh Jabatan Kehakiman AS. Diakui, ianya bukanlah pertama kali pihak Kerajaan AS diatasi oleh Tun Mahathir yang mendakwa telah menemui pembolosan bernilai 42 bilion di dalam akaun 1MDB. Kedua-duanya tidak betul. Kedua-duanya salah.
(5) Alasannya mudah. Jumlah yang besar serta pergerakannya adalah merujuk kepada operasi luar 1MDB di Timur Tengah yang tidak pernah diselenggarakan oleh 1MDB mahupun Malaysia. Di mana 1MDB telah menolak untuk membuat pembayaran semula hutang kepada syaraikat UAE, ianya tidak terjadi kerana ianya tidak boleh terjadi, namun untuk membawa hal pertikaian yang timbul ke mahkamah disebabkan pengurusan yang mengelirukan serta laporan yang tidak wajar adalah di UAE, bukan Malaysia.
(6) Apabila sejumlah wang telah dipinjamkan kepada Malaysia, atau dipinjam dari Malaysia, dan telah ia telah dibayar semula. Pada tahun 2009, 1MDB telah melabur dengan PetroSaudi International di dalam aset minyak asing. Aset yang disumbangkan oleh rakan Saudi itu gagal, namun mereka telah membuat pembayaran semula keatas sumbangan Malaysia, beserta faedah. Dan mereka membuat pinjaman dari Malaysia, dalam bentuk Bon Kewangan Islamik, dan bebas dari hutang sepenuhnya.
(7) Ianya amatlah mudah untuk terkeliru berkenaan hal hubungan pelaburan dengan PetroSaudi, dan bahagian yang dimiliki oleh putera Saudi, ditambah lagi dengan hubungan rapat Perdana Menteri dengan Almarhum Raja Abdullah. Kesemuanya melibatkan aliran utama kewangan melalui urusan perbankan kompleks yang telah disusun oleh rakan-rakan Saudi. Mereka yang berniat untuk mengganggu-gugat kestabilan Malaysia telah dengan sengaja menggabungkan kedua hal ini sekaligus telah menimbulkan gambaran yang salah. Namun isu-isu ini merupakan isu yang berbeza, dan dikira secara berasingan oleh Bank Negara.
(8) Berkenaan pertikaian dana yang berasal dari UAE, yang ingin direbut AS: Ia adalah jelas bahawa dana yang dipertikai itu adalah berkenaan dengan wang yang mengalir di LUAR Malaysia dan LUAR dari urusan pernigaan 1MDB. Kerajaan AS perlu beringat bahawa seseorang individu dan syarikat adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
(9) Situasi di Malaysia dalah jelas. Kedua-dua prioriti kerajaan adalah untuk memastikan kekayaan Malaysia berada didalam keadaan selamat, serta peningkatan pertumbuhan ekonomi; dan untuk memastikan semua rakyat hidup di dalam suasana harmoni dan selamat. Dasar luar Malaysia juga didorong oleh kepimpinan yang kuat, serta hubungan erat dengan negara-negara yang faham dengan tugas luar biasa yang telah di laksanakan oleh kerajaan negara ini sejak sekian lama di dalam hal pengurusan perpaduan kaum dan sosial serta ekonomi.
(10) Gema ucapan peguam Negara US adalah berkenaan serangan yang telah biasa kami terima dari para pengkritik. Ketika Kerajaan AS mengakses keuntungan keatas maklumat berkenaan pihak Saudi dan pihak berkuasa Malaysia yang telah dimiliki mereka pada beberapa ketika, mungkin mereka akan sedar bahawa mereka telah disuap oleh maklumat-maklumat palsu oleh ahli-ahli ANC Tun Mahathir di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment