Monday, August 27, 2012
Nik aziz takut kepada Nasharudin
Nampaknya bukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat saja yang takut pada bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, tapi Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang pun takut juga untuk mengambil tindakan terhadap bekas orang paling kanannya itu.
Rentetan dari kenyataan pedas Nasharuddin terhadap PAS yang mahu partinya itu keluar dari gabungan pembangkang di dalam Pakatan Haram tempohari, ramai di kalangan para pemimpin PAS yang melompat marah padanya.
Namun, di dalam riuh rendah meluahkan perasaan marah terhadap tokoh pro-ulama itu, pemimpin tertinggi PAS “tahap dewa pelangi sakti”, Nik Aziz tidak berani pun mengarahkan supaya bekas pemimpin nombor dua PAS itu dipecat dari “agama” pimpinannya.
Malah, Nik Aziz terpaksa pula menafikan laporan portal “talibarut” pro-pembangkang, Malaysiakini, yang melaporkan kononnya dia mahu Nasharuddin dipecat.
Terkini, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS menyerahkan soal nasib Nasharuddin kepada Majlis Syura PAS memandangkan bekas Timbalannya itu bukan terdiri dari AJK PAS atau terlibat di dalam biro politik parti itu.
Malah katanya, Nasharuddin hanyalah salah seorang AJK Majlis Syura dan dia akan membiarkan majlis berkenaan untuk memutuskan tentang Nasharuddin serta “ketajaman lidahnya” yang hampir memancung PAS!
Nampaknya, dari peringkat akar umbi ahli PAS di bawah, hinggalah ke peringkat tertinggi parti itu, tiada seorang pun dari mereka yang berani untuk “menyentuh” dan mengambil tindakan tegas terhadap Nasharuddin yang menghiris jantung parti itu baru-baru ini.
Maka dengan itu, maka bolehlah ditafsirkan bahawa sehingga kini PAS belum mampu menafikan kebenaran kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS itu. Kalau mereka menyalak pun, yang kedengaran hanyalah bunyi salakan kosong tidak bermakna.
Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini, dia kononnya mahu menyindir UMNO yang dikatakan seolah-olah tidak mempunyai tokoh agama dan terpaksa “meminjam” tokoh PAS untuk bersama-sama ke Makkah di dalam sebuah program ulama di sana.
Pada saya, ini bukan soal UMNO tidak punya tokoh agama untuk diketengahkan dan sekiranya disenaraikan barisan ulama Islam sebenar yang menyokong usaha kerajaan BN terhadap Islam, rasanya bilangannya sudah tentu melebihi seluruh kepimpinan politik PAS di seluruh negara.
Penyertaan Nasharuddin di program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan keterbukaan pemimpin nombor satu negara itu terhadap mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan Islam sepertinya.
Pada saya, penglibatan Najib – Nasharuddin di ijtima’ ulama di Arab Saudi itu membayangkan bahawa Perdana Menteri tidak pernah meletakkan sebarang sempadan, termasuk kekangan fahaman politik di dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini, malah juga di peringkat dunia.
Justeru itu, mungkin Hadi tersinggung melihat Nasharuddin di bawa Najib ke Makkah berbanding dirinya yang lebih berkedudukan di dalam PAS.
Nasharuddin adalah calon Timbalan Presiden PAS yang tewas sedangkan dia adalah Presiden yang menang tanpa bertanding! Tapi kenapa pula Nasharuddin yang diraikan dan diajak Najib di dalam sebuah program Islam yang bertaraf dunia?
Saya yakin bahawa PAS tidak akan berani mengambil tindakan terhadap Nasharuddin sehinggalah PRU ke-13 selesai nanti.
Cukuplah PAS menerima kesengsaraan akibat kehilangan dan diserang teruk bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali, yang dipecat “Anwar melalui Azmin”. PAS tidak bersedia menerima kesan kehilangan Nasharuddin pula.
PAS mungkin sedar, sekiranya Nasharuddin dipecat dari parti itu, berkemungkinan besar ramai di kalangan ahli dan penyokong mereka yang akan meninggalkan PAS, serta golongan umat Islam atas pagar pula akan lebih jelas melihat parti mereka yang begitu lemah diperkudakan DAP.
Kalau nak tengok Nasharuddin dipecat dari PAS, rasanya kita boleh tunggu saat itu selepas PRU ke-13 nanti. Rasanya PAS sudah tidak ada “telur” untuk berhadapan dengan seorang tokoh pro-ulamanya yang menyatakan kebenaran setelah bertaut dengan DAP…kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment