Kita pun pelik jugalah, biasanya kalau dah ada duit ini, dia gunakanlah duit itu untuk merakyatkan pembangunan itu slogan propaganda mereka. Kita yang jelas sewaktu di zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, kita tidak ada masalah. Kita ada bajet seimbang, ekonomi yang baik malah anak-anak syarikat juga telah diuruskan dengan baik. Kita dapat melaksanakan objektif kerajaan negeri, tidak lari dari garis panduan.
"Tapi hari ini, berlaku seolah-olah menghadapi krisis yang berat pula, nak menjual aset terutamanya melibatkan harta-harta untuk tujuan sosial dan pendidikan, seperti harta Yayasan Selangor," ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambahnya, tidak ada sebab untuk menjual harta-harta tersebut kerana harta tersebut untuk tujuan pendidikan.
"Kita tahu pengurusan beberapa anak syarikat mengalami masalah, dari diuruskan oleh pihak pentadbir yang terdiri daripada kroni mereka, laporan audit jelas menunjukkan keadaan pengurusan yang dikatakan good governen ini, adalah sebaliknya.
"Pada saya, ini sebenar politik propaganda kerajaan pakatan yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dengan pendekatan yang merakyatkan pembangunan, kebajikan untuk rakyat tetapi nyata selepas 42 bulan memerintah, impak yang diterima oleh rakyat atas nama kebajikan itu pun adalah minimum.
"Contohnya, kerajaan Selangor nak bagi air percuma kepada rakyat Selangor, tetapi ternyata masih ada lagi rakyat yang masih terpinggir dari menerima akses air percuma tersebut. Begitu juga dengan janji-janji yang lain, bukan semuanya yang dapat. Selama 42 bulan memerintah, kita lihat banyak kegagalan dari segi melaksanakan agenda pembangunan yang disebut sebagai agenda kebajikan rakyat, itu tidak termasuk krisis dalaman yang sedang dihadapi mereka sekarang," tambahnya lagi
No comments:
Post a Comment