Wednesday, November 2, 2011
AKIBAT SOKONG PAKATAN PEMBANGKANG, GERAI DIROBOH
Pada PRU 2008, kebanyakan pemilik gerai di Selangor khususnya mereka yang berniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom menyokong Pakatan Pembangkang menerusi undi dengan mengundi calon DAP dan PKR. Mereka berbuat demikian setelah termakan janji-janji manis calon Pakatan Pembangkang.
Mereka berkumpul bagi membantah tindakan ADUN Telok Datok dari DAP, Philip Tan Choon Swee dan Anggota Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid yang didakwa lepas tangan dalam isu itu.
Itu yang berlaku pada Mac 2008, tetapi kini mereka mula sedar bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang itu bukan sahaja tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat sebaliknya mengutarakan janji-janji kosong. Akibatnya, gerai-gerai yang diusahakan mereka sejak 60 tahun lalu telah musnah dirobohkan walaupun beberapa kali memohon penangguhan, tetapi tidak diendahkan.
Kedai mereka dirobohkan pada 26 September lalu atas arahan kerajaan negeri tanpa ada perasaan belas kasihan dengan menolak permintaan untuk menangguhkan dahulu perpindahan mereka.
Difahamkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang ada menawarkan sebuah kedai, tetapi hanya berkeluasan 100 kaki persegi, lebih kecil dari saiz kedai asal mereka.
Seorang peniaga, Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi.
"Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan."
Mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberipampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian.
Seorang lagi peniaga, Siah Peck Yoke, 53, menjelaskan dalam satu mesyuarat yang pernah diadakan sebelum ini, mereka dijanjikan pemilikan tanah kerana sudah menduduki kawasan tersebut sejak lebih 30 tahun namun itu hanya janji.
"Saya nak tanya mana semua orang kerajaan, adakah mereka turun menjalankan tugas ataupun hanya tidur. Saya ingin mereka jawab adakah mereka tidur saja."
Selepas ini, peniaga-peniaga di Selangor tidak akan tidur lena dengan memikirkan gerai mana lagi yang akan menjadi sasaran dirobohkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment