Akhirnya segala persoalan dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang terhadap Rosmah/Najib terjawab di sesi Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya, tetapi membuktikan kewujudan cincin tersebut.
"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.
"Segala penafian oleh Rosmah/Najib dan Nazri adalah berasas.
1- Tiada pembelian cincin tersebut oleh Rosmah – BERASAS.
2- Cincin telah dipulangkan kepada Jacob & Co – BERASAS.
3- Tuduhan pembangkang adalah fitnah semata-mata – BERASAS.
4- Cincin itu bukan milik peribadi Rosmah - BERASAS.
Didalam kebanyakan soalan-soalan oleh pembangkang, tiada satu pun menghubungkaitkan cincin tersebut dengan pertunangan dan perkhawinan Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22.
Rosmah/Najib “memang tidak membuat sebarang pembelian”kerana ia adalah pemberian dari pak mentua Najwa dari Kazakhstanuntuk diteliti dan dilihat. Pak Mentua Najwa adalah Presiden Nursultan Nazarbayev yang kaya raya.
Ia hanya bertujuan untuk dilihat, berkenan atau tidak, dan akan dipulangkan kembali kepada tuan asal Jacob & Co untuk urusan selanjutnya. Jadi jika menuduh ia dibeli dan dimiliki oleh Rosmah adalah dusta semata-mata.
Jika pihak SPRM dan JKDM mengesahkan cincin tersebut wujud dan ditujukan kepada Rosmah, maka inilah satu-satunya jawapan yang ada kerana ia berlaku pada tarikh pertunangan dan rekod kastam yang berdekatan.
Majlis Pertunangan 17 June 2011
No comments:
Post a Comment