Tuesday, August 9, 2011

PERTUBUHAN YANG MEMURTADKAN UMAT ISLAM- MANA PAS?

Assalamualaikum, apabila membaca mengenai umat Islam ke gereja untuk berbuka puasa, diberi wang serta dipujuk rayu untuk keluar Islam, saya rasa amat kecewa.
kata Presiden Pas, "Bukan tidak percaya tetapi tidak cukup, laporan media pun tidak cukup. Laporan media lagi kita tidak percaya. Sehubungan itu kita perlu ke medan untuk menemui pihak-pihak yang berkenaan".
Kedua, MB Selangor pula dikatakan berdolak dalik mengenai isu pemeriksaan JAIS.
Ketiga, orang harapan dan kepercayaan Pas, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, tidak dipercayai oleh boss beliau sendiri Haji Hadi.
Dalam berita lain, Ketua Pengarah JAKIM berkata "....agak mustahil bagi JAKIM untuk terlepas pandang..." bila mengulas mengenai sebuah keluarga Islam mendekati gerja untuk meminta bantuan.Keempat-empat mereka adalah Melayu, beragama Islam, semua boleh baca Al-Quran, mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w. dalam kapasiti masing2. Mereka semua berada di atas "Top Post" dan berkefahaman Islam paling Tinggi, malangnya, cuma seorang saja yang bekerja...Datuk Hasan Ali, yang berkali2 membela Islam tapi sering disangkal.
Dulu pasal minuman keras, kini pasal gereja/kristian. Paling jelas, mereka yang bertiga ni tidak pernah turun padang meninjau akan keadaan kedudukan Islam. Mereka lebih percayakan sistem bekerja, menunggu laporan orang2 bawahan. Jika sistem tu slack, maka dapat lah laporan yang tidak lengkap dan tidak sahih. Mengenai murtad dan mengkristiankan umat Melayu Islam, perkara ini dah lama berlaku...
Kita sanggup buat ape saje demi politik dan fahaman kita. Tetapi kita gagal melihat bahawa umat Islam di Malaysia, cuba ditarik keluar dari agama Islam, dipesongkan akidah.

PAS- perjuangan membela Islam ??????????????

No comments:

Post a Comment