Thursday, February 18, 2010

Sabar Meraih Kemenangan

Suatu hari kerbau milik seorang petani jatuh ke dalam telaga. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Kemudian petani itu berfikir bahawa haiwan itu sudah tua dan telaga juga perlu ditimbun kerana dianggapnya berbahaya, jadi tidak guna untuk menolong kerbau. Petani itu mengajak tetangga-tetanggany a untuk datang membantunya. Mereka membawa cangkul dan mulai menimbus telaga tersebut.

Ketika kerbau menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian, semua orang takjub kerana kerbau tiba-tiba diam. Petani terus menimbus tanah ke dalam telaga, dan melihat ke dalam telaga apa yang terjadi kepada kerbau tersebut. Petani tersebut kehairanan kerana kerbau tersebut berjaya mengibaskan tanah dari badannya walaupun terus ditimbus oleh petani, lalu menaiki tanah itu.

Sementara tetangga-tetangga si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas badan kerbau itu, si kerbau terus juga mengibaskan badannya dan melangkah naik. Segera saja, semua orang terpesona ketika si kerbau melompat dari telaga tersebut.

Begitulah kehidupan kita sentiasa ditimpa masalah dan kesedihan agar kita mampu menjadi kuat dan dewasa. Menghadapi segala masalah, kesedihan untuk melatih kesabaran kita dan menjaga fikiran kita agar tetap matang dengan menggunakannya sebagai landasan untuk melangkah naik keluar dari ‘penderitaan’ dan melahirkan sikap kearifan dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment