Wednesday, June 20, 2012

Sokong Pembangkang Bererti Sokong 5H - http://pulse.me/s/asQiR

Tuesday, June 12, 2012

Yaman Pelawa Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi

10 Jun 2012 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu. Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu. Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia. Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'. Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya. Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. "Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya. Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman. Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama Berita yang pastinya buat juak-juak Pakatan Haram tidak boleh tidur lena. Kenapakah Ketua Umum P"Gay"R mereka yang berkelulusan Ijazah Pengajian Sastera dengan mendapat Kelas Ketiga langsung tidak dipandang oleh Negara Yaman? Bukankan Ketua Umum P"Gay"R mereka penasihat ekonomi Selangor? Kenapa Negara Yaman tidak memanggil Pak Syeikh Anwar Ibrahim yang mendakwa hebat menjadi Menteri Kewangan suatu waktu dahulu sehingga berbilion ringgit negara ghaib sehingga sekarang. Adakah Negara Yaman terkhilaf, tersalah percaturan, terlupa atau mereka pun tidak mahu dan ingin dengan pendekar gay itu. Mungkin Yaman tidak mahu mengambil seorang yang kaki kelentong dan seorang biseksual? Apapun, ini jelas membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat bukan seperti Anwar Ibrahim yang menjuarai kelentong sejagat. Yang CTS pasti, pastinya dengan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat ekonomi Yaman, beliau tidak akan dibayar servis perkhidmatan sebanyak RM1! Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan dan pemimpin yang TERBAIK. Pastilah beliau yang terpilih. Semoga beliau panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus membantu pentadbiran DS Najib membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Amin.

PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan

Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut. Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula. Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang. Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion. Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita. YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat. Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS. Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional. Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional. Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik. Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.

NIK AZIZ DAN PLAT KERETA PAS 1

Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS 1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS 13 dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya". - Nik Abduh Ingatkan jika ada orang kaya sedekahkan pada anak-anak yatim dan orang-orang miskin di Kelantan ni yang ayahnda Nik Abduh gembira, rupanya ayahnda juga seorang yang cintakan dunia dan dunia itu bukanlah dunia Ulamak kerana tiada seorang pun Ulamak yang suka bermain nombor seperti Nik Aziz. Sesiapa yang rasa nak jadi calon PRU 13 ni kena usaha untuk dapatkan PAS 1, confirm beres!!! Pemimpin Pas bijak mendidik rakyat supaya bersabar didalam menempuhi kesusahan hidup, pemimpin Pas juga terlalu bijak mengkritik pemimpin Umno yang dikatakannya bermewah-mewahan dan membazir, tapi apakah pemimpin Pas itu sempurna dalam erti kata tidak mewah dan tidak membazir, sama-sama kita rujuk dari apa yang kita nampak pada kenyataan anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawah ini. Jawapan Nik Abduh ini cukup hebat, kalau anak orang Umno pun jawab macam beliau mungkin akan lepas dari dipandang buruk oleh rakyat. Ceritanya..... Amboiii!!! bapa mentua Nik Abduh ni smart weh, buleh tuai doh ko projek terr ? pioh cabut bubuh dale poket ko ? " Ayah saya pakai motosikal ketika ramai pakai basikal. pakai kereta ketika ramai pakai motor.pakai merc ketika ramai pakai kereta. rumah besar ketika ramai rumah Alkisah keduanya Nik Abduh yang bercita-cita tinggi untuk miliki kesenangan dunia mengaitkan no pendaftaran PAS 17 dengan dakwah pula, ishhh macam-macam diputarnya....katanya, Hj Hadi punya ! " Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11. Kerana yakin dengan niat dan matlamat saya bahawa saya dengan nombor plat itu telah kempen 24 jam untuk sebuah jamaah Islam, maka saya membayar untuknya, " Saya ada Savvy dengan plat PAS 7667, no di motorsikal saya dulu semasa berulang alik ke Maahad Muhammadi. Hadiah daripada ayahanda. " Ayahanda tanya beberapa hari lepas, dari mana dapat nombor cantik ini? Saya jawab, dari KL, jangan larang setiap hambaNya untuk berseronok dalam minat masing-masing, apatah jika berniat ibadah, Kesimpulannya Ulamak sebegini lebih seronok bercerita dan ingin memiliki no pendaftaran dunia, lupakah mereka berapa ramai rakyat yang susah dan miskin tak cukup makan ? tak payahlah nak fikir nombor-nombor ni semua, bukan boleh bawa masuk kubur, tak sesuai dengan taraf Ulamak. Tak kecewa ke rakyat kalau pemimpin yang disangka Ulamak lebih membincangkan hal-hal yang begini, patutlah kemudahan asas seperti air pun gagal diselesaikan sehingga ke hari ini, mereka lebih mementingkan kepuasan hidup mereka dari melaksanakan keperluan rakyat. Adusss Ulamak pun gila nombor juga takdir bezalah dengan yang jahil. Biasalah Ulamak Pas......Anda Mampu Mengubahnya...

Rafizi mengamuk PTPTN tak beri pinjaman kepada UNISEL

masa ni buktikan kerajaan Selangor bagi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi....kata ada reserve byk more than one billion x kan x bleh nak biayai pelajar UNISEL....dan agak hairan lak naper nak gadai asset untuk mendapatkan kewangan bagi membantu pelajar....sy agak hairan.... Dari satu pehak mengatakan Selangor kaya ada byk reserve klu x silap lebih 1 billion rgt...byk tu...x kan x boleh bantu pelajar dan bila PTPTN di bekukan kerajaan Selangor nak mencari kewangan untuk membantu pelajar...very contradict lak can anyone explain... bila bekukan pinjaman PTPTN bising lak Rafizi....sedangkan dia beria2 benar memperjuangkan pendidikan percuma untuk pengajian tinggi... Memang sy rasa x professional pehak kementerian membekukan PTPTN untuk sementara waktu pada pelajar UNISEL....tapi ada masa dan ketika kena juga bersikap unprofessional bagi membuka mata rakyat....pada sy mereka gertak tu wlupun sy x setuju juga cara mereka tu...well setidak2nya membuka mata kita semua bkn senang nak bagi pendidikan percuma spt yg di canang2kan.... Pada sy pehak pembangkang sudah melatah....sepatutnya bila kerajaan tarik PTPTN Rafizi x usah bising tetapi mengatakan kita akan cari jalan keluar untuk membantu pelajar2 UNISEL....

Sindiran Nizar Cetus Kemarahan Sultan Johor

Mohammad Nizar adun PAS telah menyindir DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor berkenaan pembelian plat kenderaan WWW 1 baru-baru ini. Tunku Ismail Idris bagaimanapun agak murka dengan perkara tersebut. Ini jelas mesej yang disampaikan di dalam tweet baginda. Sedia maklum bahawa Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi mempunyai perniagaan sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sultan Johor juga membayar zakat sehingga jutaan ringgit kepada Majlis Agama Islam Johor Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa harus beliau membeli kereta atau no plat menggunakan wang rakyat lagi? Sindiran atau teguran Nizar ini adalah tidak masuk akal kerana ketika baru menjadi Menteri Besar dahulu beliau telah mengarahkan pembelian kereta kerajaan negeri berjenama Camry baru beserta no. plat yang mahal. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606. Adakah Nizar sedar, rakan-rakan seperjuangan beliau sendiri juga memiliki no plat pendaftaran yang orang biasa tak mampu miliki? Plat K = Kedah = Menteri Besar = Azizan Plat D = Kelantan = Menteri Besar = Nik Aziz Walaupun plat2 yang dibeli tidak mencecah RM520 Ribu seperti plat WWW 1, tapi rasanya duit untuk membeli no plat oleh kedua-dua kerajaaan negeri ni pun boleh digunakan kepada program-program lain yang dapat membantu rakyat. Dan pembaca juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Secara logiknya Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini