Friday, July 22, 2016

Kenyataan 1MDB

*DATUK ZULKIFLI NORDIN* Saya telah membaca kenyataan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat Rt. Hon. Loretta E. Lynch mengenai tindakan yang diambil di bawah Inisiatif Pengembalian Asset Kleptokrasi AS untuk membeku dan merampas aset dan hartanah atas dakwaan penyelewengan, salah guna, dan pengubahan secara haram dana oleh individu-individu yang disyaki berkaitan dana 1MDB. Saya fikir kita sepatutnya memuji dan mengalu-alukan tindakan tersebut kerana secara asassnya ia membantu 1MDB dan kerjaan Malaysia untuk mendapatkan semula dana yang disyakki dicuri dari entiti negara. Dibawah Inisiatif Pengembalian Asset Kleptokrasi, sebarang aset dan dana yang berjaya diperoleh akan dipulangkan kepada entiti atau kerajaan yang menjadi mangsa kepada tindakan haram tersebut. Dan Puan Loretta dengan tegas berkata bahawa tiada dakwaan jenayah dikenakan kepada sesiapa kerana ia adalah prosiding sivil dan nama PM langsung tidak dibut dalam mana-mana dakwaan ataupun dinamakan di dalam prosiding tersebut. Saya bersetuju dengan kenyataan Pejabat PM dan 1MDB mengenai isu ini. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada PDRM untuk mempercepatkan siasatan mereka di dalam hal ini dan mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada FBI berhubung maklumat siasatan sehingga kini untuk memastikan pihak yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

PANDANGAN DATUK ZULKIFLI NORDIN

DATUK ZULKIFLI NORDIN I have read the statement by US AG Rt Hon Loretta E. Lynch on the action taken under the US Kleptocracy Asset Recovery Initiative relating to freezing & forfeiture of assets & properties due to allegations of fund embezzlement, misappropriation and laundering by certain suspected individuals Malaysian and foreigner involving 1-MDB fund. I think we should applaud and welcome the move because it is basically assisting 1-MDB and the Malaysian Govt to recover back suspected stolen fund from the nation's entity. Under the Kleptocracy Asset Recovery Initiative, any asset and fund so recovered shall be returned to the entity or government that became the victim of the illegal act. And Mdm Loretta affirmatively said that there is no criminal charges preferred against anybody as it is a civil proceedings, and in no way is the PM implicated or named in the proceedings. I agree with the statement issued by the PMO and 1-MDB on this issue. However, I suggest that the Royal Malaysian Police expedite their investigation on the matter and should consider getting assistance and cooperation from the FBI on their intelligence and investigation so far to ensure the culprits involved taken to justice!.

ANALISIS JABATAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEADILAN AWAM A.S.

ANALISIS JABATAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEADILAN AWAM A.S. (1) AS merupakan sebuah negara yang kuat dan berkuasa, namun ia tidak menjadikan mereka betul, atau bijak secara automatic. Kerajaan AS mempunyai kekuatan ketenteraan, diplomatik, sumber analisis dan perisikan terbesar yang tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan lain, dan mereka masih berperang serta mengambil beribu-ribu nyawa anak-anak mereka ke Iraq untuk memusnahkan senjata pemusnah secara besar-besaran yang tidak wujud, dan tidak pernah wujud. Mereka boleh diperdaya dan secara tidak sedar terkeliru. (2) Tindakan Peguam Negara AS minggu ini tidak kurang berisiko. Tiada sebarang dakwaan jenayah terhadap sesiapa. Peguam Negara menggunakan banyak dari pembentangannya untuk menunjukkan secara jelas bahawa niat utama kepada tindakan tersebut adalah untuk menyampaikan mesej kepada dunia, bahawa penggunaan sistem perbankan mereka secara tidak wajar adalah tidak diterima. Tidak seperti kerajaan lain, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk merampas mana-mana aset yang dirasakan TIDAK PERLU DIBUKTIKAN TERLIBAT DENGAN SEBARANG SALAH LAKU. TIdak waras, tetapi benar. (3) Dibawah undang-undang AS, kerajaan mempunyai hak untuk merampas sebarang aset, dan mencabar pemilik untuk bertindak balas. Para pemilik tersebut tidak akan disabitkan dengan sebarang pertuduhan jenayah, namun perlu memujuk mahkamah bagi mendapatkan semula aset mereka, berdepan dengan kekuatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat… yang mana di dalam kes ini telah mewujudkan gelombang pasang surut politik palsu mengenai Malaysia, yang sebahagiannya datang dari Gabungan Anti Najib Tun Mahathir Mohamad. (4) Kerajaan AS telah menyatakan bahawa aset yang mereka mahukan adalah milik 1MDB. Baik, bukan menurut para akauntan dan juruaudit serta bank-bank. Apa sahaja kritikan mengenai cara pengurusan 1MDB dijalankan, apa sahaja kelemahan di dalam proses dan operasi perniagaan, pihak berkuasa terlibat tidak melaporkan sebarang kerugian yang di dalam apa keadaan pun sama dengan apa yang dikatakan telah ditemui oleh Jabatan Kehakiman AS. Diakui, ianya bukanlah pertama kali pihak Kerajaan AS diatasi oleh Tun Mahathir yang mendakwa telah menemui pembolosan bernilai 42 bilion di dalam akaun 1MDB. Kedua-duanya tidak betul. Kedua-duanya salah. (5) Alasannya mudah. Jumlah yang besar serta pergerakannya adalah merujuk kepada operasi luar 1MDB di Timur Tengah yang tidak pernah diselenggarakan oleh 1MDB mahupun Malaysia. Di mana 1MDB telah menolak untuk membuat pembayaran semula hutang kepada syaraikat UAE, ianya tidak terjadi kerana ianya tidak boleh terjadi, namun untuk membawa hal pertikaian yang timbul ke mahkamah disebabkan pengurusan yang mengelirukan serta laporan yang tidak wajar adalah di UAE, bukan Malaysia. (6) Apabila sejumlah wang telah dipinjamkan kepada Malaysia, atau dipinjam dari Malaysia, dan telah ia telah dibayar semula. Pada tahun 2009, 1MDB telah melabur dengan PetroSaudi International di dalam aset minyak asing. Aset yang disumbangkan oleh rakan Saudi itu gagal, namun mereka telah membuat pembayaran semula keatas sumbangan Malaysia, beserta faedah. Dan mereka membuat pinjaman dari Malaysia, dalam bentuk Bon Kewangan Islamik, dan bebas dari hutang sepenuhnya. (7) Ianya amatlah mudah untuk terkeliru berkenaan hal hubungan pelaburan dengan PetroSaudi, dan bahagian yang dimiliki oleh putera Saudi, ditambah lagi dengan hubungan rapat Perdana Menteri dengan Almarhum Raja Abdullah. Kesemuanya melibatkan aliran utama kewangan melalui urusan perbankan kompleks yang telah disusun oleh rakan-rakan Saudi. Mereka yang berniat untuk mengganggu-gugat kestabilan Malaysia telah dengan sengaja menggabungkan kedua hal ini sekaligus telah menimbulkan gambaran yang salah. Namun isu-isu ini merupakan isu yang berbeza, dan dikira secara berasingan oleh Bank Negara. (8) Berkenaan pertikaian dana yang berasal dari UAE, yang ingin direbut AS: Ia adalah jelas bahawa dana yang dipertikai itu adalah berkenaan dengan wang yang mengalir di LUAR Malaysia dan LUAR dari urusan pernigaan 1MDB. Kerajaan AS perlu beringat bahawa seseorang individu dan syarikat adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. (9) Situasi di Malaysia dalah jelas. Kedua-dua prioriti kerajaan adalah untuk memastikan kekayaan Malaysia berada didalam keadaan selamat, serta peningkatan pertumbuhan ekonomi; dan untuk memastikan semua rakyat hidup di dalam suasana harmoni dan selamat. Dasar luar Malaysia juga didorong oleh kepimpinan yang kuat, serta hubungan erat dengan negara-negara yang faham dengan tugas luar biasa yang telah di laksanakan oleh kerajaan negara ini sejak sekian lama di dalam hal pengurusan perpaduan kaum dan sosial serta ekonomi. (10) Gema ucapan peguam Negara US adalah berkenaan serangan yang telah biasa kami terima dari para pengkritik. Ketika Kerajaan AS mengakses keuntungan keatas maklumat berkenaan pihak Saudi dan pihak berkuasa Malaysia yang telah dimiliki mereka pada beberapa ketika, mungkin mereka akan sedar bahawa mereka telah disuap oleh maklumat-maklumat palsu oleh ahli-ahli ANC Tun Mahathir di Malaysia.

ANALYSIS OF THE U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS  

ANALYSIS OF THE U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS   (1) The US is a strong and powerful country, but this does not make them automatically right, or clever. The US Government has the largest military, diplomatic, intelligence and analytic resources that any government has ever had, and they still took a war and thousands of their sons’ lives into Iraq to destroy weapons of mass destruction that did not exist, and had never existed. They can be misled and they can be unintentionally misleading.   (2) The actions of the US Attorney General this week are far less risky. There is no criminal indictment of anyone. The Attorney General spent much of her presentation making it clear that the intention of this action is to send a message to the world, that improper use of its banking system would not be tolerated. Unlike most Governments, the US Department of Justice can apply to a court to seize assets for which THEY DON’T NEED TO PROVE ANY WRONGDOING. Crazy, but true.   (3) Under US law, the Government have the right to seize assets, and challenge the owners to respond. Those owners will not be tried for any crime, but would have to persuade a court to recover the assets, against the might of the US Department of Justice… which in this case is channelling a tidal wave of political disinformation about Malaysia, originating in part from Tun Mahathir Mohamad’s Anti Najib Coalition.   (4) The US Government has said that the assets they want to seize belonged to 1MDB. Well, not according to the accountants and auditors and bankers. Whatever criticisms of the way 1MDB management conducted itself, whatever the weaknesses in its processes and business operations, these authorities do not report a loss that in any way matches what the US Department of Justice thinks that it has found. Admittedly, not for the first time the US Government is being outstripped by Tun Mahathir who claims to have found a 42 billion hole in 1MDB accounts. They cannot both be right. They are both wrong.   (5) The reason for this is very simple. These huge sums and movements refer to operations in the Middle East outside 1MDB that have never been under the control of 1MDB or Malaysia. Where 1MDB has refused to repay a debt to a UAE company, it has not been because it couldn’t, but in order to bring to court disputes all of which arise from confusing and reportedly improper dealings in the UAE, not Malaysia.   (6) When money has been lent to Malaysia, or borrowed from Malaysia, it has been paid back. In 2009, 1MDB invested with PetroSaudi International in foreign oil assets. The asset contributed by the Saudi partner failed, but they paid back the Malaysian contribution, with interest. They borrowed further from Malaysia, in an Islamic financial bond, and discharged the debt in full.   (7) It is easy to confuse the investment relationship with PetroSaudi, then part-owned by a Saudi prince, with the extraordinary close relationship of the Prime Minister with the late King Abdullah. Both involved major flows of finance through complex banking arrangements organised by the Saudi counterparts. Those wishing to destabilise Malaysia have deliberately combined the two and this has given rise to gross misrepresentation. But these were separate issues, and accounted separately to Bank Negara.   (8) As to the disputed funds originating from UAE, which the US wishes to seize: It is clear that the disputed funds relate to money flows OUTSIDE Malaysia, and OUTSIDE 1MDB’s businesses. The US Government should remember that individuals and companies are innocent unless proven guilty.   (9) The Malaysian situation is clear. The two priorities of this Government must be to ensure that Malaysia’s wealth is safe, and economy growing; and to ensure that all live in harmony and security. Malaysian foreign policy is driven by strong leadership, and by close relationships with countries that understand the extraordinary job that this Government has done for so long in managing racial and social cohesion and the economy.   (10) The US Attorney General’s speech echoed all the familiar attacks on Malaysia by our critics. When the US Government gains access to the information that the Saudi and Malaysian authorities have had for some time, maybe they will realise the disinformation they’ve been fed by Tun Mahathir’s ANC members in Malaysia.‎

1MDB

Jabatan Aduan Keadilan Awam Amerika Syarikat: Kenyataan Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia. 21 Julai 2016 1MDB sebeum ini telah dijadikan subjek serangan bermotifkan politik, dengan objektif untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi. Terlalu banyak tuduhan, seperti penipuan yang dibuat Tun Mahathir Mohamad mengenai 42 bilion yang telah hilang, akhirnya terbukti palsu – oleh Jawatankuasa Kira-kira bi-patisan. Ini membawa maksud bahawa sebarang tuntutan berkaitan 1MDB haruslah diperhalusi dengan berhati-hati, mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Tiada individu yang perlu tergesa-gesa untuk membuat penilaian sebelum dakwaan dibuktikan di dalam mahkamah. Sumbangan kepada Perdana Menteri adalah satu perkara yang berasingan. Selepas siasatan menyeluruh oleh pelbagai badan berkuasa, telah disahkan bahawa dana tersebut adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi – seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi pada 14 April. Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia‎

Monday, July 4, 2016

Hipokrasi DAP

Hipokrasi DAP 1. Dulu semasa Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka didakwa di Mahkamah, Lim Guan Eng antara yang mendesak beliau meletak jawatan. Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. 2. Sebaik didakwa di Mahkamah Sesyen. Dr Mohamad Khir Toyo, telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor [http://www.drkhir.com/…/peluang-menjelaskan-diri-di-mahkama…] dan memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk memulangkan pingat Darjah Kebesaran Selangor [http://www.drkhir.com/…/penyerahan-semula-darjah-kebesaran.…] bagi mengelakkan kedua-dua institusi tersebut tercemar. 3. Hari ini bila kena batang hidung sendiri, Lim Guan Eng bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, bercuti dari jawatan Ketua Menteri pun tidak. Hairannya ada generasi muda masih tidak sedar kepura-puraan parti yang mendakwa pejuang ketelusan dan anti korupsi ini.

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun sebagai PM

Di sebalik tuduhan rasuah, negara hampir bankrap, dan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap beliau, Dato' Sri Najib Tun Razak terus menebar karisma untuk menerajui Malaysia ke satu mercu yang tidak terjangka. Berikut di antara pencapaian yang telah digapai oleh DSN selama 8 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, sila tambah di ruangan komen sebarang pencapaian yang tidak tertulis dalam senarai ini. ‪#‎RespectMyPM‬

Pesanan dari YAB.Dato'Seri Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia khas untuk Anak Muda Malaysia.

Dato Seri Shafie Afdal umum keluar UMNO

Sayang sungguh..emosi dalam membuat keputusan tu..Sepatutnya dia belajar dengan Tan Sri Isa Samad.. Tak ramai yang macam Tan Sri Isa Samad yang tetap setia dengan UMNO walau pun di gantung 3 tahun bermula 24 Jun 2005...tapi tetap kekal sebagai ahli parlimen Jempol yang berstatus bebas yang menyokong Kerajaan BN.. Tak ada pun dia melompat dan emosi untuk buat road show untuk keluar UMNO..Waktu tu ramai kawan-kawan dalam UMNO yang menjauhi dirinya..Bila di tanya kenapa tak lawan balik..??Sedangkan calon lain pun sama jugak main duit waktu pemilihan... Dia jawap bersahaja aje.. "Tak perlulah nak marah..UMNO dah terlalu banyak jasa dekat saya dan keluarga..Maka kita kena akur atas keputusan dan bersabarlah.." Pada waktu di gantung Tan Sri Isa menjawat sebagai Naib Presiden UMNO..Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Jempol tau..Hasil keputusan penggantungan beliau hilang jawatan naib presiden..digugurkan dari kabinet dan dilucutkan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan..Bayangkan maruah beliau masa tu yang pernah jadi MB negeri sembilan selama 22 tahun.. Kesan kesabarannya dan kesetiaan Tan Sri Isa kepada parti UMNO.. Maka.. Dato Seri Najib waktu menjadi PM menggantikan Pak Lah pada tahun 2009..Telah berani meletakkan Tan Sri Isa menjadi calon pilihanraya kecil dun Bagan Pinang..Orang kata keputusan PM sangat berisiko memandangkan Tan Sri Isa di kaitkan dengan rasuah politik wang dan pernah dihukum gantung... Ternyata..Keputusan PM adalah tepat..Tan Sri Isa menang besar atas tiket BN bagi kerusi Dun bagan Pinang..itulah PRK yang pertama di menangi oleh BN selepas 8 siri kekalahan BN dalam PRK sebelum itu sejak PRU12..Akibat kemenangan itu PM sekali lagi melantik Tan Sri Isa Samad menjadi pengerusi Felda..Bukan senang..sebab di Felda sahaja ada 54 kerusi parlimen yang Tan Sri kena pikul amanah untuk memastikan kemenangan BN pada PRU13..Waktu tu teruk Felda diasak oleh pembangkang sebab pembangkang tahu nak menang PRU kena pecahkan undi Felda..Tapi Alhamdulillah pada PRU13..Tan Sri Isa melaksanakan tugasan yang di amanahkan oleh PM dengan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Felda sebanyak 48 kerusi parlimen lebih dari yang di menangi pada PRU12.. Dari kemenangan disitulah BN bangkit menang dan terus menang dalam siri PRK seterusnya.. Pada tahun 2013 Tan Sri bertanding bagi kerusi parlimen Jempol dan melepaskan kerusi DUN Bagan Pinang..Dan kekal sebagai ahli parlimen Jempol sehingga sekarang... Keputusan yang Dato Seri Shafie Afdal buat telah membuktikan kepada aku bahawa UMNO tak perlukan orang yang tak setia..Selamat jalan kepada Dato Seri Shafie Afdal... -tak paham takpa ‪#‎senyum‬ ‪#‎KekalNajib‬

Jawapan Khir Toyo apabila LGE membandingkan kes beliau.

Poetic Justice Buat DAP 1. Sungguhpun saya tidak mengulas apa-apa mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng, saya tidak boleh menghalang pelbagai pihak membuat perbandingan dan kenyataan. 2. Namun apabila En Lim Guan Eng sendiri membuat kenyataan membandingkan kes beliau dengan kes saya, maka saya berasakan perlu membetulkan kenyataan beliau. 3. LGE membuat kenyataan, “Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.” 4. Jawapan saya, "tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, LGE meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF dengan harga RM 3.5 juta." 5. Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa. 6. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza. 7. Saya suka mengingatkan LGE keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan saya. 8. Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PKNS. 9. Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya. 10. Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas. 11. Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya. 12. Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius. 13. Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, - “Padan Muka”. 14. Bagi saya pendakwaan ini adalah "Poetic Justice"! - Dr Mohamad Khir Toyo (2 Julai 2016)

Standard pelawak Singapura

Berbeza dan amat jauh bezanya antara pelawak Melayu Malaysia jika ingin dibandingkan dengan pelawak Melayu Singapura. Di Singapura, pelawak Melayu tidak akan mampu menjadikan Perdana Menterinya sebagai subjek hiburan. Jauh sekali menjadikan dasar kerajaannya sebagai bahan satira. Dalam sejarah Singapura, belum ada. Yang terjadi baru baru ini adalah seorang V-log atau Video Blogger yang menghina Lee Kuan Yew tetapi berakhir dengan pendakwaan segera. Di Singapura, pelawak Melayu adalah artis kelas ketiga, kalau ada show maka upahnya mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari dan akan kembali kepada kerja hakikinya samada pencuci jamban pejabat yang tiada Melayu di dalamnya sebagai staf atau kerja di kedai-kedai makan non halal serta restoran muslim bukan milik mamak. Kalau ada rezeki lebih, dia mungkin akan diambil secara tetap oleh mana-mana stesen yang hidup dengan pembiayaan ahli atau parti politik. Di Singapura, pelawak berbangsa Melayu tidak akan mendapat tempat di stesen TV utama negara tersebut. Paling kuat, mendapat tempat di stesen yang hidup dengan 'pancaran youtube'. Itu sebabnya pelawak Melayu Singapura yang dikatakan asalnya dari Melaka itu terpaksa menyebarkan sendiri lawak bodohnya dalam usaha menghina Perdana Menteri Malaysia kelmarin. Mungkin itu juga antara sebahagian perjanjian skop kerja, lawak yang disusun skripnya dan wajib menyebarkan sendiri hasil lawak bodohnya itu. Di Malaysia, pelawak Melayu diajar dengan adap sopan, bahan lawak untuk membina generasi seterusnya. Paling ketara, di Malaysia pelawak Melayu tahu makna "bersyukur selalu" dengan pemberian rezeki yang melimpah dari Kerajaan yang perihatin kepada semua golongan. Lupa, di Malaysia pelawak Cina juga boleh cari makan setanding dengan pelawak Melayu Malaysia. Mungkin di Singapura, itu sahaja cara untuk terus dapatkan dedak bagi seorang yang bergelar pelawak Melayu!

RASIONAL YANG PERLU ADA SEBELUM RAKYAT MENGANGGAP SEGALANYA ADALAH KONSPIRASI

RASIONAL YANG PERLU ADA SEBELUM RAKYAT MENGANGGAP SEGALANYA ADALAH KONSPIRASI Yang menjadi persoalan di fikiran penulis adalah jika pemimpin pembangkang didakwa di mahkamah, segelintir pihak bukan saja terus menghukum dia tidak bersalah, malah lebih hebat lagi mereka menuduh semuanya adalah satu bentuk tindakan dari pihak kerajaan, khususnya UMNO. Apakah UMNO yang suruh Miss Phang jual banglo pada Guan Eng? Apakah UMNO yang suruh Miss Phang letakkan harga murah pada Guan Eng? Apakah UMNO juga yang memecahkan rahsia urus niaga jual beli banglo itu? Begitu juga dengan isu Taman Manggis. Adakah semuanya di ‘set-up’ oleh BN untuk perangkap Guan Eng? Bagaimana jika yang didakwa di mahkamah itu pemimpin UMNO sendiri? Ia juga kerja Kerajaan Malaysia? Atau itu semua konspirasi pemimpin pembangkang? Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk seorang ahli politik itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan undang-undang, namun kerajaan dituding jari sebagai pihak yang menjadi dalang ‘mengenakan’ mereka. Sebagai contoh, ahli politik A yang tidak berpuasa beli nasi kandar dan makan dalam hotel 5 bintang. Bila ada laporan dibuat dan ‘kantoi’ tidak berpuasa tanpa alasan syarak, maka dia didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut. Apakah pihak kerajaan wajar disalahkan atas pendakwaan tersebut? Kerana itulah pada penulis, pendakwaan yang dihadapi oleh Guan Eng itu adalah merujuk kepada perbuatan peribadinya sendiri dan ia tidak ada sebarang kena mengena dengan pihak kerajaan mahupun UMNO. Pendakwaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan siasatan SPRM yang menunjukkan wujud ‘prima facie’ untuk melakukan pertuduhan di mahkamah mengikut bukti-bukti kukuh yang diperoleh. Itu saja. Jika bersalah, maka bersalahlah. Jika tidak, maka terlepaslah! Justeru itu, tidak perlulah terpengaruh dengan mana-mana pihak dalam soal ini. Yang ditabur cumalah permainan persepsi untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja. Begitulah nasib kita bila mempunyai pembangkang yang ‘tidak sihat’, salah sendiri pun hendak dipolitikkan. Sabar sajalah… - Nukilan terpilih daripada tulisan Saudara Mohamad Najid :-) #lge #noswimmingpoolhouse #lgepenjawatawam #DAP #rakyatMalaysiabijakmenilai #Malaysia

Nasib Melayu Pulau Pinang

Melayu-Melayu ni apasal sayang sangat dengan LGE? Mereka juga dapat diskaun beli rumah di bawah harga pasaran ke? LGE beli rumah yang harga pasarannya RM6 juta hanya dengan harga RM2.8 juta. Kalau Melayu-Melayu ni dapat tawaran beli rumah yang harga pasarannya RM600,000 hanya dengan RM280,000, saya pun naklah juga bersama LGE..... Tapi hakikatnya, Melayu Pulau Pinang dihalau secara halus dari tanah nenek moyang mereka dengan cara pembangunan hartanah yang harganya di luar kemampuan mereka.

Syukur Malaysia bumi bertuah

Di Singapore walaupun Dollar Singapore tu di katakan bernilai..nak jumpa doktor Kerajaan di Spital Kerajaan Singapore kene bayor 100 dollar. Di Malaysia walaupun pakar ekonomi fesbuk kata ringgit tak bernilai di spital gomen maseh bayor singgit dan 5 hengget untuk pakar. Malaysia dengan 30 juta penduduk masih mampu bagi rawatan dgn bayaran singgit jer! Singapore yg maju dan kaya raya dengan jumlah penduduk yg 5 juta pun tak mampu nak buat macam Malaysia!

Sunday, July 3, 2016

PM Ceriakan Warga Emas, Teman Beli Pakaian Raya

KUALA LUMPUR – Tanpa permaidani merah Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini muncul menceriakan sebahagian penghuni Pusat Penjagaan Al-Fikrah ketika mereka membeli-belah pakaian Raya di Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) di Bandar Tun Hussein, Cheras dekat sini. Ketibaan perdana menteri yang berbaju kemeja putih dan seluar hitam pada kira-kira 5 petang, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi KKR1M Mohd Noor Mohd Amin serta kakitangan KKR1M. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penghuni pusat penjagaan itu kerana bukan sahaja berpeluang memilih sendiri baju baharu yang diingini mereka tetapi menerima kunjungan perdana menteri dan dapat langsung meluahkan ucapan penghargaan "Terima Kasih PM, belanja baju Raya kami".
Dalam lawatan turun padang itu, Najib berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dapat dikongsi bersama seluruh rakyat. "Hari ini, mereka dapat memilih sendiri baju Raya dan juga membeli-belah apa yang diingini untuk menyambut Hari Raya. Saya berharap ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan kemeriahan Syawal mereka," katanya dalam ucapan di hadapan warga penghuni pusat jagaan itu. "Setelah melawat mereka sebelum ini, saya sedar bahawa mereka kurang berupaya untuk keluar bersiar-siar, namun saya ingin memberikan mereka peluang untuk menikmati kemeriahan Syawal sebagai sebuah keluarga," katanya. Dalam bergembira menyambut ketibaan Syawal, katanya, rakyat seharusnya sentiasa memperkukuh hubungan sesama insan terutama bersama mereka yang kurang bernasib baik. "Semoga sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna bagi warga Al-Fikrah," katanya yang meluangkan masa hampir sejam bersama penghuni pusat jagaan itu. Seorang penghuni, Maakip Waakup memberitahu Bernama bahawa beliau gembira kerana perdana menteri sendiri memilihkan sepasang baju Melayu untuk dipakainya pada pagi Aidilfitri nanti. "Alhamdulillah, pakcik suka sangat perdana menteri sendiri pilih baju Melayu warna merah jambu untuk dipakai Raya di rumah orang tua atau rumah anak pakcik," katanya. Pusat Penjagaan Al-Fikrah menyediakan bantuan dan penjagaan untuk individu yang hilang tempat bergantung, pesakit hospital yang memerlukan rawatan susulan, individu yang terabai dan ditinggalkan keluarga. Pusat jagaan itu turut dihuni mereka yang dalam proses pemulihan daripada penyakit, yang sedang menerima rawatan fisioterapi pemeriksaan kesihatan dan sesi perapian diri. Ketika ini, pusat berkenaan mempunyai 73 penghuni yang berusia antara 24 dan 92 tahun. BERNAMA

Wan Azizah Cabar Tun M Tanding PRU Jika Mahu Teraju Pakatan Pembangkang

PULAU PINANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya berhasrat mahu terus terlibat dalam politik, ujar Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Secara sinis Presiden PKR itu berkata, Dr. Mahathir perlu berbuat demikian bagi membuktikan beliau merupakan pilihan rakyat seterusnya layak menerajui pakatan pembangkang. Katanya, beliau sendiri telah melalui situasi berkenaan sebelum berada pada kedudukan hari ini. “Saya bertanding pilihan raya dan menang kerana dipilih rakyat dan menjadi ketua pembangkang, jadi kamu nilai sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). Wan Azizah mengulas saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak dalam blognya bahawa Dr. Mahathir perlu mengambil kedudukan dalam kepemimpinan pembangkang kerana beliau sudah melaksanakan peranan itu secara ‘de facto’. Ketika ditanya sama ada Dr. Mahathir wajar bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu menjadi ketua pembangkang, Wan Azizah berkata: “Kamu (media) yang perlu membuat spekulasi dan saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang perkara itu pada masa sekarang. Yang penting saya bertanding dan menang.”

Isu Banglo : Usah Terpedaya Kempen Kutipan Derma Pembangkang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen kutipan derma oleh parti-parti pembangkang. Orang ramai, katanya, perlu sedar bahawa parti-parti pembangkang hanya mahu mengejar populariti dan meraih simpati mereka untuk mendapat sokongan. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan terowong jalan kedua di Jalan Tuanku Abdul Halim ke Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, hari ini, Tengku Adnan percaya parti DAP mempunyai dananya sendiri. Beliau diminta mengulas kempen kutipan derma sebanyak RM1 juta yang dilancarkan oleh DAP Pulau Pinang untuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah. Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Lim dengan seorang penjamin selepas beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Berikutan kes itu, DAP Pulau Pinang yang diketuai Chow Kon Yeow telah melancarkan kutipan derma daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan wang jaminan itu. - BERNAMA

Rupa-rupanya Guan Eng `Kawal' Mesyuarat Desak Dia Bercuti

MANA tidaknya semua pemimpin DAP membisu seribu bahasa soal berkaitan isu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya bercuti sehingga kes pertuduhan banglonya selesai dibicarakan di mahkamah. Yalah macam mana nak desak kalau orang yang sepatutnya didesak itu ada pula dalam mesyuarat yang mahu membincangkan perkara itu. Semasa Guan Eng diikat jamin RM1 juta untuk bebas sementara menunggu kesnya disebut oleh mahkamah, dia sebaik sahaja keluar dari mahkamah di George Town itu terus menyatakan `saya masih lagi Ketua Menteri'. Sejurus kemudian dia mengadakan mesyuarat tergempar dengan CEC DAP di Pulau Pinang untuk membincangkan sama ada dia sendiri kekal atau bercuti sebagai Ketua Menteri atau bercuti. Apa yang pelik, Guan Eng sendiri ada dalam mesyuarat itu. Takkanlah dia nak putuskan keputusan mengenai dirinya sendiri ada dalam mesyuarat. Sudah tentu pengerusi DAP, Chow Kon Yeow dan ahli-ahli CEC takut nak angkat muka menyatakan pendirian masing-masing. Hari ini perkara yang sama berlaku dalam sidang akhbar Pakatan Harapan di George Town untuk memutuskan kedudukan Guan Eng. Guan Eng rupa-rupanya sekali lagi ada dalam sidang akhbar itu. Terpaksalah sekali lagi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof dan Kon Yeow sekali lagi `tunduk' dan membuat kenyataan ini: "Terdapat beberapa pendirian yang kami ambil berhubung keputusan ini, yang pertama jawatan yang disandang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekarang ini tidak ada sebarang hubungan ataupun pengaruh dalam badan kehakiman dan juga lain-lain institusi perundangan dan penguat kuasa negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia). Jadi tidak ada campur tangan politik." Bila sudah terkena batang hidung sendiri, tahu pula Guan Eng mencari alasan untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Guan Eng takkan pura-pura tidak mendengar kenyataan rakan-rakannya sebelum ini perihal isu bercuti ini. Bukankah pada 22 Mac lalu, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru antara mereka yang mencadangkannya supaya Guan Eng bercuti sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembelian banglo RM2.8 juta olehnya yang mencetuskan kontroversi selesai. "Ini untuk menjaga imej dan integriti," kata Thiru yang dilaporkan oleh Malay Mail. Cuba pula baca kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang direkodkan dalam berita MalaysiaKini laporan Lu Wei Hoong di capaient https://www.malaysiakini.com/news/334753. Kata Ahli Parlimen PJ Utara itu juga pada 22 Mac lalu, Guan Eng tidak perlu bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kecualilah dia didakwa di mahkamah. "Hanya jika Guan Eng didakwa, dia harus mengambil cuti," kata Tony. Apa ini Tony, anda cakap tidak serupa bikin. Selepas Guan Eng didakwa di mahkamah dalam isu pembelian banglonya, tidak terdengar langsung kenyataan daripada anda. Lebih pelik lagi, tiada seorang pemimpin DAP ke depan untuk meminta Guan Eng bercuti dari jawatan Ketua Menteri untuk sementara waktu. Sewajarnya Guan Eng melepaskan jawatannya bagi membuktikan tidak wujud amalan ‘diktator’ dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang. Tindakan itu juga bagi memastikan amalan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa bebas daripada budaya politik tidak sihat.