Tuesday, May 24, 2016

Institusi Pondok Di Malaysia

Institusi pondok di Malaysia memainkan peranan yang penting, dan kita amat menghormati serta menghargai sumbangan dan jasa institusi ini serta warga di sebaliknya dalam melahirkan golongan ilmuwan celik Al-Quran dan berakhlak tinggi yang mampu mengembangkan syiar Islam. Sejurus dengan itu, saya berbesar hati mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta buat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia di Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Terengganu hari ini.
Sebahagian daripada peruntukan tersebut berupa geran sebanyak RM2 juta bagi tujuan kajian mengenai institusi pondok di Malaysia dan juga untuk membawa institusi ini ke era moden dan lebih maju selain mengguna pakai teknologi terkini termasuklah instrumen media sosial. Sebahagian lagi sebanyak RM500 ribu diluluskan sebagai dana bagi Tabung Kasih Perdana Menteri, di mana kewujudan dana ini bertujuan menjadi simpanan dan boleh memberi bantuan kepada institusi pondok yang mengalami malapetaka atau musibah dengan kadar segera. Selain itu, saya berharap agar usaha dapat digiatkan untuk mengkaji dan memastikan institusi-institusi pondok tidak berdaftar yang bertebaran serata negara, supaya mendaftar agar kita dapat pastikan bantuan sampai kepada mereka, terutamanya untuk menjaga kebajikan para pelajar.

Walkabout Ke Pasar Payang

Saya memulakan lawatan kerja sehari saya di Terengganu hari ini dengan berkunjung dan bertemu dengan para peniaga di Pasar Kedai Besar Payang, atau lebih dikenali sebagai Pasar Payang. Kalau berkunjung ke Terengganu, tentu tak sah kalau tak singgah di sini. Selain keperluan dapur, ada juga yang berkunjung ke sini untuk mencari kain batik Terengganu, baju kaftan, dan sebagainya. Malah, kalau ingin beli kudapan atau manisan tempatan pun di sini jugalah tempatnya. Bagi memastikan Pasar Payang ini terus kekal sebagai tarikan pelancong dan juga tempat para peniaga mencari rezeki, selain memastikan ia selamat dan selesa untuk pengunjungnya, bangunan Pasar Payang yang telah usang akan kita naik tarafkan, roboh dan bina semula dengan kemudahan lebih lengkap dan moden seperti eskalator, surau, tempat letak kereta, skybridge dan pelbagai lagi. Peruntukan dianggarkan sebanyak RM 78 juta untuk kerja-kerja pembinaan dan naik taraf kompleks ini telah pun diluluskan dan dijangka siap pada tahun 2018. Saya juga dimaklumkan bahawa segala keresahan dan rasa tidak puas hati segelintir peniaga berkaitan penempatan sementara mereka semasa kerja-kerja naik taraf Pasar Payang dilakukan, telah selesai hasil usaha dan perbincangan bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu, Alhamdulillah. Insya-Allah, saya percaya bila siap kerja-kerja naik taraf dan pembinaan semula ini kelak, akan memberi nafas baru kepada Pasar Payang dan terus kekal sebagai tarikan pelancong dan serta simbol kepada negeri Terengganu.

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Keusahawanan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1Malaysia Rakyat Malaysia yang dikasihi, Bidang keusahawanan merupakan sesuatu bidang yang sangat besar manfaatnya kerana potensi pendapatan yang biasanya berlipat ganda lebih besar daripada pekerjaan biasa. Walaupun begitu, tidak ramai yang mempunyai keyakinan untuk menceburi bidang ini kerana bimbang akan risiko-risikonya. Selain itu, ada juga yang tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Kedua-dua faktor ini biasanya merupakan faktor utama yang menjadi penghalang kepada mereka yang pernah terfikir untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan bagi menggalakkan orang ramai terutama sekali mereka yang dari golongan berpendapatan rendah bagi menceburi bidang keusahawanan. Bagi mereka yang tidak mempunyai modal, kerajaan menyediakan bantuan modal seperti dana yang dikendalikan oleh MARA, TEKUN, SUPERB, 1AZAM, PUNB dan lain-lain. Dana-dana ini diberikan dalam bentuk geran, pinjaman berfaedah rendah, pinjaman dalam tempoh bayar balik selepas 2 tahun dan sebagainya. Ini semua merupakan dana yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengembangkan sumber pendapatan. Bagi mereka yang bimbang terhadap risiko, pemberian dana-dana ini diiringi dengan latihan kemahiran. Sebenarnya, salah satu cara mengurangkan risiko perniagaan adalah dengan menimba ilmu pengetahuan. Lebih banyak pengetahuan kita dalam bidang keusahawanan dan juga pengurusan perniagaan, lebih rendah kebarangkalian kita untuk melakukan kesilapan. Kesimpulannya, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan demi kepentingan rakyat. Sekian sahaja dari saya, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Siasatan Tragedi MH17

Saya telah bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam perbincangan dua hala baru-baru ini di Sochi di mana agendanya merangkumi isu tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada tahun 2014. Selepas hampir dua tahun tragedi ini berlaku, sudah pasti ada di kalangan keluarga yang kecewa dan mahukan jawapan dan keadilan segera. Saya faham dan mengerti rasa sedih dan keperitan yang dialami oleh pihak keluarga mangsa. Saya sendiri kehilangan nenek tiri saya, Allahyarhamah Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, dalam tragedi ini. Namun begitu, saya memohon agar semua pihak tidak melakukan sebarang spekulasi dan kesimpulan awal. Saya lihat bahawa kita telah memulakan langkah yang positif ke arah menuntut keadilan untuk ahli keluarga dan mangsa tragedi MH17 apabila saya dan Presiden Rusia mencapai persetujuan bahawa tindakan lanjut akan ditentukan selepas keputusan siasatan dibentangkan oleh Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) pada bulan Oktober ini.
Dalam perbincangan itu juga, saya telah menegaskan pendirian Malaysia bahawa kami mahukan penyelesaian kepada tragedi ini berdasarkan proses keadilan. Dalang di sebalik tragedi ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Saya berharap agar pihak keluarga dapat memberi peluang dan masa kepada kerajaan untuk mengendalikan isu ini dan memimpin penuntutan keadilan menerusi segala proses undang-undang antarabangsa. Kerajaan akan mengusahakan agar semua pihak mendapat penjelasan dan penutup yang memuaskan dalam isu ini. Saya doakan kesemua keluarga mangsa terus sabar menghadapi dugaan ini.

kedatangan Putera Arab Saudi

Saya menerima kedatangan Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, di pejabat saya hari ini. Putera Alwaleed adalah seorang tokoh perniagaan yang mempunyai pelaburan penting dalam banyak syarikat antarabangsa terkemuka termasuklah Citigroup, Four Seasons dan sebagainya. Beliau juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja amal termasuklah dalam memartabatkan serta menghuraikan pengertian sebenar ajaran Islam.......Perdana Menteri Malaysia

Alhamdulillah.. Terima kasih kerajaan ..

‘Tun M Sekarang Berbeza Dengan Dahulu’ – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR - Umum harus menerima hakikat bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memilih untuk menyebelahi parti pembangkang yang sangat dimusuhi beliau, suatu ketika dahulu dan tidak lagi meneruskan perjuangannya seperti dahulu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kesediaan bekas Perdana Menteri itu menyertai kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar tanpa menolak dakwaan Tun Mahathir mempunyai pengikutnya yang tersendiri. “Itu adalah hak Tun Dr. Mahathir (Mohamad), dia bukan ahli UMNO. Dia telah memilih untuk berjuang di arena yang lain. Itu hak beliau. “Tun Mahathir adalah bekas pemimpin. Beliau ada pengikutnya. Rakyat perlu dijelaskan, beliau sekarang tidak sama macam dahulu. Beliau sekarang sekongkol dengan parti yang beliau musuhi hanya kerana kepentingan peribadi yang taksub untuk jatuhkan Perdana Menteri kita. “Kita tak boleh halang beliau untuk berkempen. Itu hak beliau. Yang penting kita jelaskan kepada rakyat kenapa beliau berbuat demikian,” katanya. Dalam pada itu, Salleh mengingatkan agar semua ahli Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka perlu memilih BN. “Rakyat perlu dijelaskan mengapa mereka perlu memilih BN untuk meneruskan kesinambungan kepada perjuangan di kawasan berkenaan,” katanya selepas merasmikan pelancaran Program Khairat Yayasan 1 Malaysia anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia semalam. Program ini merupakan pakej pengurusan jenazah lengkap yang ditawarkan kepada semua penggiat seni. Melalui program itu, bantuan tidak terhad kepada jenazah sahaja malahan ahli keluarga turut diberikan bantuan.

Jangan Hina UMNO, Ahli Parti Beri Amaran Pada Tun M

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak menghina parti itu dengan menganggap ahli menerima habuan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Menurut Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, istilah 'makan dedak' yang kerap diungkap oleh Mahathir merupakan satu penghinaan besar kepada parti Melayu tersebut. “Janganlah menghina sampai begitu sekali, itu ahli UMNO yang sokong dia dulu, saya ada waktu itu masa Tun M jadi Presiden UMNO, jadi Perdana Menteri, kita ni apa? Bisu kah? Makan dedak kah? Itu tak adil bila Tun M hina kita semua macam tu sekali, itu tak betul. "Tapi nak kata sama ada kita bercakap atau tidak, mana dia tahu? Takkan kita nak melalak tepi jalan tu? Kita bercakap, tapi pada tempat yang betul, dalam MT kita bercakap, kita bagi pandangan, nasihat, jadi nak ukur sama ada bisu atau tak bisu, hanya kerana kita tak ikut ‘style’ dia? Buat demonstrasi jalanan macam dia? Itu baru kata tak bisu? Kalau cakap dalam dewan tu bisu lah?” soalnya ketika ditemui di Lobi Parlimen, Selasa. Semalam, Tun M menuduh kebanyakan ahli dan pimpinan UMNO yang ada pada hari ini sudah menjadi pekak, bisu dan buta pada perhimpunan Muafakat Selamatkan Malaysia : Reformasi Institusi Bebaskan Anwar, undur Najib di Ampang. Malah Tun M menyifatkan Najib telah memberi banyak makan ‘dedak’ kepada kepada ahli UMNO BN hingga membuatkan semua ahli parti itu takut untuk bersuara mengkritik kepimpinan Perdana Menteri. “Kita bersuara apa, dalam Perhimpunan Agung, kita tengok begitu lantangnya mereka, dengan kritikal, mereka akan memberi kritikan, nasihat, komen terhadap kepimpinan, komen terhadap kerajaan, kita tak bisu, itu tak betul. “Kita sedih perkara itu disebut dan datang dari seorang negarawan,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Dalam pada itu, Tajuddin menyifatkan Tun M tidak berhak untuk menilai Najib lebih ‘diktator’ daripada beliau ketika memimpin negara. Katanya, hanya rakyat berhak untuk membuat ukuran sejauh mana seseorang pemimpin mentadbir negara. “Dia (Tun Mahathir) kata? orang lain kata? kita tak boleh mengukur diri kita sendiri, ini semua orang lain yang akan mengukur kita. “Nak tahu siapa kita, baik atau tidak diktator atau tidak, itu adalah orang yang cakap, pemerhati kata, saya tak rasa apa yang dia cakap tu tak betul, jadi pada saya itu bukan perkara serius yang perlu diambil kira,” katanya lagi. Sebelum ini bekas perdana menteri itu mengakui yang beliau seorang diktator tetapi rakyat tidak berdemonstrasi mendesak dirinya berundur seperti yang berlaku kepada Najib. Namun pemerintahannya adalah lebih baik berbanding Najib yang menghadapi tentangan rakyat kerana lemah memerintah negara sehingga didesak berundur.

Kanan Kiri Tolak, Azmin Hilang Punca

AKHIRNYA Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terbukti memang tiada kekuatan untuk memecat tiga exco Pas di Selangor setelah kata dua yang diberikan Menteri Besar Selangor itu tamat semalam. Setelah kata dua itu tidak dipedulikan oleh Pas yang terus berkeras meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, apa lagi Timbalan Presiden PKR itu sedang fikirkan? Bukan fikirkan lagi, malah keadaan semakin berserabut setelah `deadline’ itu tamat dengan Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan menyegerakan mesyuaratnya untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili pakatan itu dalam dua PRK tersebut. Kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, persoalan dua PRK itu akan melibatkan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan kerana itu bukan kehendak pakatan harapan. “Sukar bagi PKR untuk bertanding menentang Pas dalam PRK ini. Oleh itu, Amanah bersedia mewakili pakatan dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk Amanah mewakili pakatan harapan di Sungai Besar,” kata Khalid. Ugutan Azmin terhadap Exco-Exco Pas semua maklum hanya retorik dan cakap-cakap kosong sahaja. Ini kerana kalau dia mahu berbuat demikian, tindakan itu sudah dilakukan tahun lepas lagi apabila berlaku pertelingkahan antara DAP dan Pas. Pada November 2015, seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil Pas yang berjawatan dalam pentadbiran. Kata dua yang dilontarkan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong itu menegaskan jika tidak, DAP akan mengundurkan diri daripada kerajaan negeri itu. "Kami perlu bagi tempoh masa (Menteri Besar) Azmin Ali untuk selesaikan krisis sekarang, memecat wakil atau ejen Pas daripada Kerajaan Selangor. "Saya seru memecat ejen atau wakil di kerajaan Selangor. Senang saja Pas t mengingkari dasar pakatan. Kita tidak bekerjasama dengan Pas lagi. "Apa maknanya kerja dengan Pas lagi," katanya semasa perbahasan pada konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya waktu itu. Namun Azmin tidak ambil tindakan pun. Semalam, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menegaskan, pihaknya yang masih menunggu perkembangan tindakan pemecatan oleh Azmin. Bagaimanapun, soal bertanding di kedua-dua PRK itu, Pas muktamad. “Ya, Pas akan bertanding, tentang calon, Jawatankuasa Pilihanraya Pas akan beritahu nanti,” tambahnya. Dalam pada itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Zuhdi Marzuki ketika ditemui menegaskan bahawa Azmin tidak ada hak untuk memecat tiga orang exco Selangor tersebut. “Kena ingat, Pas tak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tak ada kerajaan, kita memang tak takut dengan ugutan. “Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan Selangor, tapi dia tak boleh pecat, selagi tak dapat perkenan Sultan, dia tak boleh pecat,” ujarnya.

Datuk Seri Najib Sediakan Aras Demokrasi UMNO

DI bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden, aras demokrasi UMNO terbuka meluas dengan sistem pemilihan parti itu diubah. Perlembagaan UMNO dipinda pada 2009, hanya enam bulan selepas Datuk Seri Najib mengambil alih sebagai presiden, dengan memansuhkan sistem cuota. Sebelum ini, seseorang yang mahu bertanding presiden disyaratkan terlebih dahulu mendapat kuota sokongan 57 daripada 191 bahagian (30%). Ini sekali gus membuka ruang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum pernah memegang jawatan ahli Majlis Tertinggi atau ahli jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. Berbanding hanya sekumpulan orang iaitu 2,500 perwakilan untuk menentukan pucuk kepimpinan parti sebelum ini, kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu. Sejumlah 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian itu terlibat dalam pemilihan pucuk pimpinan parti anggota Majlis Tertinggi (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan 25 anggota Majlis Tertinggi di samping memilih anggota jawatankuasa bahagian. Ini juga bermakna Datuk Seri Najib adalah Presiden UMNO pertama dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu. Bukan mudah untuk seorang presiden menempuh cabaran dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu ditentukan oleh 2,500 orang menerusi pemilihan di Kuala Lumpur, diikuti dengan undi bonus sebelum diganti kuota. Bahkan waktu itu mahu mencabar presiden mesti memperoleh pencalonan 63 bahagian. Pemilihan UMNO pada Oktober 2013 memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding namun yang akan menentukan kemenangan mereka ialah majoriti sokongan yang diraih. Pemimpin yang bakal dipilih ialah pilihan suara majoriti anggota dan bukan semata-mata perwakilan yang mewakili bahagian. Pindaan Perlembagaan pada 2009 turut meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baharu dan mengiktiraf sumbangan Setiausaha Bahagian. Pindaan tersebut di bawah inisiatif Datuk Seri Najib adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan UMNO lebih demokratik, telus dan inklusif, namun, kaedah pemilihan serta pengundian, masih dalam proses penambahbaikan. Ia adalah sejarah yang paling berharga dalam ulang tahun UMNO ke-70 tahun.

V Untuk Kuala Lumpur, F Untuk Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk menukar nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masing-masing akan bermula dengan ‘V’ dan ‘F’. Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi nombor sedia ada bagi dua wilayah berkenaan ketika ini yang bermula dan berakhir dengan alphabet tidak lagi menarik dan sukar dibaca. “Kita melihat pandangan ini ada kebenarannya apabila nombor wilayah sudah begitu rumit dan menyebabkan pendapatan kerajaan (melalui tender membeli nombor pendaftaran) menurun kerana ianya dilihat tidak efektif,” kata Ab. Aziz yang menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari pada sesi Dewan Rakyat di Parlimen pada Khamis. Tambahya, rakyat di negara ini berkecenderungan untuk ‘melabur’ bagi memiliki nombor kenderaan yang lebih kecil berbanding nombor besar. “Kita akan keluarkan nombor pendaftaran baru, Wilayah Persekutuan bermula dengan ‘V’, Putrajaya juga memohon nombor pendaftaran sendiri dan akan dikeluarkan dengan huruf ‘F’ dan nombor ini akan mengecil semua dan mudah di baca dan ini akan mencorak minat pemilik kenderaan kerana masyarakat di Malaysia minat nombor yang kecil,” katanya. Setakat hari ini, nombor pendaftaran bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah ‘WC 4143 V’. Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan sebuah unit pasukan tindakan khas bagi menangani masalah ‘lori hantu’ di jalan raya. “JPJ akan memantau melalui unit ini bagi menangani kesalahan serius termasuk masalah lori hantu yang mendatangkan kesulitan orang ramai. “Langkah ini akan memastikan tindakan segera diambil ke atas individu dan sindiket ini dapat dibanteras dengan sewajarnya,” katanya.

Azmin Enggan Beri Tanah Percuma Untuk Bina Hospital

KERAJAAN negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali terus bercelaru apabila satu demi satu masalah dan isu yang timbul, tapi tidak juga selesai. Terbaharu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memberitahu bahawa kerajaan Selangor berdolak dalik dalam memberi tanah untuk pembinaan hospital. Menerusi perbahasan di Parlimen hari ini, jelas menggambarkan bahawa kerajaan Pusat terpaksa membeli tanah di Kapar untuk membina sebuah hospital yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor. Sedangkan, sebenarnya Selangor di bawah pimpinan Azmin ini boleh sahaja memberikan tanah itu secara percuma, sesuai dengan laungan negara berkebajikan yang beliau sendiri katakan. “Dalam mesyuarat Problem Solving Community (PSC) di Selangor, Sime Darby memberitahu bahawa tapak (tanah) ini perlu dibeli. Bermakna kementerian perlu menyediakan dana dan kos untuk 50 ekar tanah itu sebanyak RM45 juta. “Pada peringkat awal, soal pembelian ini tidak langsung disebut. Hanya pada mesyuarat terakhir, baru mereka memberitahu ia perlu dibayar,” katanya dalam persidangan parlimen. Justeru kata Hilmi, pihak kementerian terpaksa pergi semula ke IPU untuk mendapatkan dana bagi

Permintaan kerajaan Pulau Pinang Berbaur Politik, Kata Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan melihat permintaan mengejut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Jambatan Pulau Pinang ke tiga berbaur politik. Melalui satu kenyataan lewat semalam, Rahman berkata bahawa permintaan berkenaan timbul apabila Kementerian Kerja Raya tampil membuat penegsahan bahawa tiada sebarang permohonan yang dikemukakan kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini berhubung projek berkenaan. “Bagi saya, ini (permohonan tiba-tiba) ini adalah sesuatu yang pelik kerana ini bermakna bahawa sebelum ini kerajaan negeri Pulau Pinang telah melakukan perjanjian dengan menghabiskan sekurang-kurangnya RM2 billion wang rakyat hanya untuk jambatan bukan terowong dan mengenakan konsesi tol selama 30 tahun. “Saya tidak rasa ini alasan yang dapat diterima dan pastinya bukan satu contoh tadbir urus yang baik dan pada pandangan saya rakyat Pulau Pinang berhak untuk mendapat yang lebih baik,” katanya melalui kenyataan itu. Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mempertikaikan beberapa perkara melalui soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan pemerintahan DAP terbabit. Antaranya ialah kewajaran membelanjakan RM305 juta hanya untuk menjalankan tiga kajian melibatkan projek pembinaan jambatan berkenaan. Malah beliau juga mempertikaikan adakah DAP sudah beralih pendirian untuk mengenakan tol di lebuh raya berbanding manifesto Pakatan Harapan yang berhasrat untuk memansuhkan tol. "Mengapa Kerajaan Pulau Pinang memilih untuk membiayai sepenuhnya kos pembinaan keseluruhan tetapi masih membenarkan syarikat swasta untuk mengumpul 30 tahun tol pada kadar yang sama dengan Jambatan Pulau Pinang kedua. "Mengapa tidak kerajaan Pulau Pinang menjual tanah ini secara berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan pembinaan dan mengambil kesempatan daripada kenaikan nilai tanah dan bukannya membenarkan syarikat swasta untuk mendapat manfaat daripada peningkatan tanah ini,” kata Ahli Parlimen Kota Belud itu lagi. Sebelum ini Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan kenyatan Lim yang mendakwa kerajaan persekutuan menolak permohonan atau memberi kesukaran kepada kerajaan negeri untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang berbanding terowong dasar laut. Fadillah berkata pihaknya telah membuat penelitian dan mendapati tiada permohonan seumpama itu mahupun perbincangan dengan kementerian bagi membina jambatan tersebut

Thursday, May 12, 2016

TONY PUA DAKWA NAJIB TIADA LOCUS STANDI DALAM 1MDB UNTUK MENYAMANNYA

TONY PUA DAKWA NAJIB TIADA LOCUS STANDI DALAM 1MDB UNTUK MENYAMANNYA 1. Ahli Parlimen Dap Petaling Jaya, Tony Pua telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib ke atas dirinya di atas alasan plaintif (Najib) tidak mempunyai LOCUS STANDI untuk memulakan tindakan saman terhadapnya. Tony mendakwa saman itu bertujuan untuk menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. 2. "Tiada locus standi" bermaksud "bukan dalam kapasiti" atau "tiada kapasiti" untuk memulakan tindakan saman ke atasnya atau dalam bahasa mudah, Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana Najib tiada kaitan dengan 1MDB atau tiada berjawatan di dalam 1MDB. 3. Ianya sama seperti hujah bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dipersalahkan dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) suatu ketika dulu kerana dia tidak memegang jawatan dalam bank tersebut. 4. Contoh kes yang "tiada locus standi" yang paling popular ialah apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun M dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Kit Siang tidak ada locus standi untuk menghalang penyerahan tersebut, malah Kit Siang juga tiada mempunyai sebarang kepentingan dalam UEM atau PLUS. 5. Justeru, tindakan Tony Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib ke atas dirinya adalah bukti 'pengakuan'nya bahawa Najib TIADA perkaitan langsung dengan 1MDB seperti yang didakwa oleh Tun M dan pemimpin pembangkang selama ini. 6. Jelas, dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dengan 1MDB hanya suatu permainan persepsi yang terancang dalam plot untuk 'menjenayahkan Najib'. Hakikatnya, pembangkang sendiri mengakui bahawa dakwaan ini tiada asas sama sekali dari segi undang-undang.