Monday, April 28, 2014

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI, KUALA LUMPUR - LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN

Kuala Lumpur, 26 April - Mengambil kira isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur yang dikhuatiri akan mendatangkan ketegangan serta mengganggu keselesaan orang awam, Polis Kuala Lumpur memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang akan dianjurkan oleh gabungan beberapa NGO pada 01 Mei 2014 ini di Kuala Lumpur kerana, pihak penganjur tidak memberitahu lokasi sebenar walaupun mereka ada menyatakan hasrat untuk cuba berhimpun di Dataran Merdeka. Setakat ini, Polis Kuala Lumpur telah menerima sebanyak 31 laporan Polis berhubung bantahan terhadap perhimpunan ini dan kesemua laporan tersebut sedang dalam siasatan. Untuk makluman, buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih dalam proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti. Terdapat mesin-mesin dan bahan-bahan binaan seperti besi-besi dan kayu-kayan yang masih berada di sekeliling padang Dataran Merdeka. Kerja-kerja masih dalam tindakan pihak kontraktor dan belum diserah semula kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya perhimpunan ini masih diteruskan juga, dikhuatiri kerja-kerja menaik taraf akan tergendala malah menambah kerosakkan lagi. Oleh itu, Polis Kuala Lumpur mencadangkan agar Penganjur mengadakan perhimpunan di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA)

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) 1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian. Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. 2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. 3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. 4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa. Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan) 1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak. 3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti : · Kad pengenalan pemohon (2 salinan) · Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan) · Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini) Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia 1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun. 2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. 3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman. 4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000. 5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar. 6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman. 7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja. Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini: · Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000 · Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman · Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84 · Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84 · Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan · Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun · Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

Monday, April 21, 2014

GST‬ : Jawapan Kepada Artikal “GST Masuk Wang Poket Bocor” Oleh Hanifa Maidin ‪

Prinsip dalam percukaian adalah tiada percukaian tanpa perwakilan. Dengan BN hanya perolehi 47 peratus undi popular maka mereka hakikatnya bukan mewakili suara popular rakyat tentang GST. Maka bagaimanakah GST dikira suatu percukaian yang sah dan memenuhi prinsip yang saya katakan itu. JAWAPAN Benar BN hanya peroleh 47% undi popular, tetapi itu sewaktu pilihan raya. Bagaimana peratusan itu boleh dikaitkan dgn GST yang diumumkan selepas pilihan raya? Adakah 47% ini mewakili setiap tindakan kerajaan selepas PRU? Bagaimana pula peningkatan majoriti BN dalam PRK Kajang dan PRK Balingian baru-baru ini? Bukankah ini satu petanda baru bahawa rakyat kembali menyokong BN?

Selangor di bawah Pakatan Rakyat

51 tahun Selangor di bawah Perikatan /BN sejak Merdeka , tak lah seteruk 6 tahun bawah Pakatan Haram. Janji air percuma , sampai kering kontang takdak air. Janji pendidikan percuma sampai RM 37 juta UNISEL rugi. Janji nak kurang cukai tapi cukai tanah, cukai bangunan di naikkan gila gila , janji nak tutup kilang arak tapi bekalan air ke kilang Carlsberg, Guiness tak pulak terjejas. Janji nak hapus maksiat- rumah urut, pusat pelacuran makin bercambah.....

PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

KUALA LUMPUR, 21 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin. Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin. “PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel. “Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel. “PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan. Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan. “Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya. Sementara itu menurut beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda. “Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut. “Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” akhiri beliau.

Monday, April 14, 2014

Dulu, Kini dan selamanya

Sesi Soal Jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Malaysia Indonesia: Dulu, Kini dan Selamanya 1. Bagaimana Tun melihat sistem demokrasi? Sekarang saya dapati ramai daripada kita menjadikan demokrasi satu "agama". Itu yang menjadi masalah pada masa kini. Kita tetap amalkan demokrasi walaupun mampu membinasakan kita. Saya bagi contoh Mesir, negara negara Timur Tengah, Thailand yang menyalahgunakan demonstrasi. Kerajaan yang dipilih secara adil, dijatuhkan oleh demokrasi melalui demonstrasi jalanan. Ada kala kita perlu mempertimbangkan sama ada demokrasi itu lebih utama atau kelebihan rakyat itu lebih utama. Demokrasi ciptaan manusia, maka ia pasti tidak sempurna. 2. Mengenai sosial media yang berkembang luas dan bebas tanpa had, apa pesan Tun kepada generasi muda? Pisau boleh mengukir ukiran yang cantik, juga boleh digunakan untuk membunuh. Sama seperti sosial media. Kita perlu pupuk nilai baik kepada generasi muda sejak kecil supaya tidak ada salah guna dalam sosial media. Selain itu, kita perlu ada sekatan terhadap sesetengah saluran seperti bahan lucah yang menjadi punca masalah sosial pada masa kini. Kebebasan perlu ada batasan. Media ini perlu dikaji secara bersama supaya kesan buruk ini tidak mempengaruhi generasi muda. 3. Kenapa tenaga kerja Indonesia (TKI) di negara-negara seperti Taiwan, Singapura tidak mempunyai sebarang masalah seperti tenaga kerja Indonesia di Malaysia? Sebenarnya jumlah TKI Indonesia di Malaysia adalah paling ramai, kerana kita hampir sama. 1 juta rakyat Indonesia ada di Malaysia, dan ada antara mereka yang datang secara haram. Ada juga yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan. Undang-undang di Malaysia menetapkan sesiapa yang bekerja lebih masa di Malaysia akan memperoleh elaun yang lebih. Ini antara sebab kenapa ramai yang datang ke Malaysia. Antara jumlah besar ini tak semua baik-baik, maka mereka ini akan dikenakan tindakan sama seperti rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak membezakan. Rakyat Australia pernah menyeludup dadah ke Malaysia, dan kita mengenakan hukuman gantung kepada mereka. Kalau tak buat salah, tak kan kita nak buat apa-apa kepada mereka. Saya berpendapat, kalau Malaysia ini begitu buruk seperti yang digambarkan sesetengah pihak, tak ramai yang akan datang ke Malaysia. Kita banding dengan Singapura, Hong Kong, Taiwan. Tak ramai rakyat Indonesia di sana. Selain itu, negara-negara ini turut pernah ingin menjatuhkan hukuman gantung kepada rakyat Indonesia sehingga kerajaan Indonesia perlu membayar 36juta untuk menebus rakyat Indonesia ini. Di Malaysia, kita tak buat perkara ini. 4. Kenapa sahabat saya, sahabat negara Indonesia, DS Anwar ering dikenakan hukuman? Lepas satu satu beliau kena hukum. Anwar juga sahabat saya dulu, walaupun ramai tak mahu Anwar dalam UMNO. Anwar mahu ketua pemuda, saya bagi. Anwar mahu Naib Presiden UMNO, saya restui pertandingannya. Selepas itu, dia nak pula bertanding Timbalan Presiden UMNO. Saya bagitahu, ini tak pernah berlaku kerana tidak pernah ada orang cabar timbalan presiden UMNO sebelum ini. Namun, saya tetap terima malah saya lantik dia jadi timbalan PM saya. Orang kata saya banyak tahan, kekang dia, tetapi saya yang angkat dia. Cuma dia melakukan perkara yang tak boleh diterima. Saya tak langsung memecat dia, malah kita bagi peluang dia menjelaskan. Tetapi dia bukan jelaskan pun. Dia marah-marah. Saya dibaling macam-macam benda oleh penyokong dia, tetapi saya tak kisah. Selepas dia keluar, dia tubuh parti keluarga dia. Namun, dia disabitkan lagi kesalahan. Anwar menggunakan mahkamah untuk kepentingan dia. Dia saman saya 100juta. 100juta ni, kalau saya kalah, saya bankrup. Tetapi saya dibebaskan daripada tuduhan dia, dan sepatutnya dia bayar kepada saya ganti rugi. Ganti rugi yang nak bayar lawyer saya pun tak mampu. Kalau dia salah, tetap salah. Mana ada undang-undang untuk sahabat, undang-undang untuk musuh, semua sama. 5. Boleh Tun jelaskan DEB? Di Malaysia ada 3 kaum besar. Pada zaman British, mereka bawa masuk ramai Cina dan India. Kita terima dengan hati terbuka. Cina, yang memang bijak berekonomi, memang kaya dari dulu sampai sekarang. Dan yang paling miskin adalah orang Melayu. Perbezaan kekayaan ini mampu mencetuskan keadaan yang tegang yang boleh menyebabkan rusuhan seperti tahun 1969. Maka dengan itu, kita cuba untuk mewujudkan keadaan yang adil untuk semua pihak. Maka kita wujud DEB dengan dua tujuan. Satu, hapuskan kemiskinan dalam setiap kaum. Dua, kita membawa keadaan sama rata untuk setiap kaum. Kalau dulu, bumiputera hanya menguasai 2% ekonomi, sekarang sudah melebihi 20%. Cina, yang dahulu 30%, sekarang lebih kurang 60%. Ini bagi mewujudkan keadaan yang tidak terlalu berbeza antara kaum di Malaysia.

Thursday, April 10, 2014

PR mewakili Orang Bukan melayu?

1000 bekas rakyat cina Malaysia dapat pulang lepas koyakkan passport mereka sendiri, Zahid luluskan.

1.Pada tahun 2003, 1000 rakyat cina Malaysia yang mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia telah berlepas ke United Kingdom dengan kepercayaan bahawa mereka boleh menjadi rakyat United Kingdom di bawah undang-undang kolonial yang telah lama di hapuskan oleh kerajaan UK. 2.Kini 1000 rakyat cina Malaysia telah kesal kerana memotong serta mengoyakkan passport mereka dan tidak dapat memohon menjadi warganegara UK. 1000 orang selaku bekas warganegara Malaysia telah di wartakan sebagai pendatang haram oleh UK buat selama-lamanya. 1000 rakyat cina Malaysia yang telah menulis surat untuk meminta mengembalikan kerakyatan di Malaysia telah di tolak pada suatu masa dahulu. Akhirnya 1000 rakyat cina Malaysia itu menjadi sangat marah dan merasakan mereka telah di hina serta di khianati oleh kerajaan Malaysia kerana tidak mengaku mereka sebagai warganegara Malaysia. 3. Lee, seorang arkitek terlatih dari Pulau Pinang, kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London - yang juga seorang mangsa berkata: "hak kerakyatan di Britain bukanlah sesuatu yang nyata, disebabkan ketamakan kami untuk menjadi kaya, akhirnya ketamakan kami itu telah di kesan oleh kerajaan UK, lalu mereka telah menghapuskan undang-undang mendapat Kerakyatan Luar Negara (BOC) itu. Saya telah menjadi seorang pendatang haram, sebenarnya lebih teruk kerana mereka sekurang-kurangnya ada negara untuk mereka pulang, tetapi saya tidak. Hujah untuk berkata kami membayar cukai tidak dapat digunakan pada kerajaan UK'' -kata bekas cina Malaysia yang berusia 34 tahun kepada AFP. 4.Pada masa dahulu memang wujud satu klausa undang-undang memberikan penduduk Malaysia kepada status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Tetapi ianya telah dihapuskan kerana rakyat cina itu telah menuntut perkara yang bukan bukan seperti mahukan status sebagai orang asal UK, bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan, agama budha sebagai agama rasmi dan sekolah khas untuk rakyat cina. 5.Alasan 1000 rakyat cina Malaysia untuk menuntut semua itu di UK kerana mereka telah membayar cukai di UK. Oleh kerana kerajaan UK merasakan rakyat cina Malaysia telah berlebihan akhirnya undang-undang Kerakyatan Luar Negara (BOC) itu telah dihapuskan. Mereka juga telah di wartakan sebagai pendatang haram yang bermakna tidak wujud hak mereka dalam membayar cukai kerana mereka pendatang haram. 6,Apabila 1000 rakyat cina telah wartakan sebagai pendatang haram, mereka semua cuba untuk memohon menjadi warga China, Taiwan, Macau, Hong Kong dan Singapura. Tetapi Kesemua negara itu telah menolak permohonan dan berkata tidak ada sebab untuk meluluskan 1000 cina ini kerana mereka diklasifikasikan sebagai pengkhianat negara. Kelima-lima negara itu tidak mahu menerima ekoran menganggap sebagai beban dan tidak mahu perkara ini terjadi lagi di negara mereka nanti. 7.Majoriti kaum cina yang dapat tinggal di Malaysia berpendapat seperti pandangan MP DAP bahawa: "Kami kaum cina setuju bahawa mereka harus di bawa pulang, kerana dengan 1000 rakyat cina yang kembali ini akan dengan secara langsung dapat meningkatkan ekonomi melalui kutipan cukai. Jadi Malaysia seharusnya mengalu-alukan dan berasa bangga dengan kedatangan 1000 bekas rakyat cina Malaysia ini." -kata sebahagian rakyat cina di Malaysia 8.Kini pada April 2014, Zahid Hamidi selaku Menteri KDN telah meluluskan permintaan DAP supaya membawa mereka pulang. Ini kerana DAP berkata rakyat cina di negara itu, ramai antaranya hidup dalam daif kerana tiada perkerjaan. Ini telah secara tidak langsung akan meningkatkan lagi peratus kemiskinan Malaysia dengan membawa mereka pulang, dan dengan itu akan menambah kan persaingan graduan Melayu yang susah untuk mencari kerja kerana 1000 bekas rakyat cina Malaysia, ada diantaranya adalah golongan professional seperti contoh Lee yang berusia 34 tahun itu. 9.Bukan dengan itu sahaja, Zahid Hamidi yang menang diatas tiket UMNO hasil pilihan orang Melayu dengan begitu bermurah hati telah menyediakan sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyenangkan bekas rakyat cina Malaysia ini masuk tanpa perlu beratur seperti orang lain. Zahid Hamidi juga akan memberi pegawai imigresen khas di KLIA. Sumber rakyat cina Malaysia koyakkan passport sendiri: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm Sumber Zahid Hamidi lulus permintaan DAP: http://www.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-rep Sumber Zahid Hamidi setuju bawa pulang 1000 cina: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140409/re_05/Erti-Taat-Setia-Baik-sungguhlah-kerajaan-Malaysia-ini

GST

Klik link ini buat tatapan dan renungan kepada puak-puak macai yang mengatakan ini adalah fitnah https://my.news.yahoo.com/video/penjelasan-anwar-sokong-gst-ketika-113047003.html