Tuesday, November 12, 2013

GST

Selepas pengumuman GST bakal terlaksana menjelang 2015, kebanyakan rakyat masih terpinga-pinga adakah ia suatu perkara yang baik ataupun tidak Bagi penyokong GST, mereka berhujah: 1. Dengan adanya GST, cukai 10+6% (16%) bakal terhapus, maka harga barang akan murah, rakyat dapat jimat 2. Tidak semua barang dikenakan cukai. Pilihan di tangan anda, nak beli barang bercukai atau pun tidak 3. Dalam banyak-banyak negara yang melaksanakan GST, tiada satu pun negara yang menarik balik perlaksanaan GST.. membuktikan GST amat baik dan diterima rakyat 4. Beli barang mewah boleh, bayar GST pula tak mahu 5. Orang yang bangkang GST adalah mereka yang "gay" kerana membangkang "Gay service tax" <--- point ini paling lucah dan tidak masuk akal Bagi yang tidak menyokong GST adalah kerana kurangnya pencerahan dan penerangan yang mudah difahami. Mereka berhujah: 1. GST adalah sejenis VAT (value-added-tax). Maka hampir semua barang boleh dikenakan GST. Silap hari bulan, beli roti pun kena GST 2. Perkhidmatan elektrik dan bekalan air juga mungkin bakal dikenakan cukai, di mana tiada cukai GST yang dikenakan seumur hidup mereka 3. Subsidi gula dan bahan api dikurangkan, GST diperkenalkan.. pendapatan kerajaan bertambah.. BR1M bertambah.. apa yang kami dapat? <--- kata orang yang tak dapat BR1M tetapi terpaksa menanggung kos sara hidup yang meningkat